Rabu, 22 Disember 2010

Apa itu jualan langsung?

Jualan langsung bukanlah suatu bidang yang asing di Malaysia, umum telah tahu akan bidang ini kerana ia telah mula bertapak sejak awal tahun 80-an lagi. Dan apabila di sebut sahaja jualan langsung apa yang tergambar di fikiran umum ialah aktiviti menjaja produk dari meja ke meja seperti salesman.
Sebenarnya itu adalah pemahaman salah! Jualan langsung dalam erti kata sebenar adalah jualan terus dari kilang. Sebagai contoh sebelum sesuatu produk sampai ke tangan kita ia perlu melalui satu rantaian, 
KILANG - PEMBORONG - PERUNCIT - PENGGUNA.
Ini bermakna sebelum sesuatu produk itu dapat sampai ke tangan kita, pengguna ia perlu melalui proses ini dan setiap satu proses akan  meningkatkan lagi harga produk kerana di setiap peringkat pihak yang terlibat akan mengaut keuntungan. Percaya atau tidak jualan langsung memecahkan rantaian ini! Ya, melalui jualan langsung kita akan membeli barangan terus dari kilang.
KILANG - PENGGUNA
Maka kita akan dapat embeli barang denagn lebih murah!

Selasa, 21 Disember 2010

Tetapkan matlamat

Jika kita nak berjaya, perkara pertama yang perlu kita betulkan adalah diri sendiri. Tetapkan matlamat kita, apa yang ingin kita capai. Tentukan matlamat jangka pendek dan jangka panjang. Tuliskan matlamat itu besar-besar di tempat yang senang kita nampak. Ingat, kejayaan bukanlah apabila kita berjaya mencapai matlamat, tapi setiap usaha kita kearah matlamat adalah kejayaan. Denagn berfikir begini inysaallah kita akan lebih bersemangat dan lebih bersedia untuk menuju kejayaan!
Peluang perniagaan

Ahad, 28 November 2010

aku baru ingat..

Minggu ni aku baru ingat, kenapa aku suka sangat berniaga! aku suka niaga sebab aku tak tahan kerja dengan orang!!! Bayangkan aku tolong mak aku jer pon dah tension giler. Tak tau la macammana kalau aku keje ngan orang. Mesti boss aku tu teruk kena maki, silap-silap lagi teruk! Aku start minat niaga time sekolah rendah lagi, mase tu ak dah pasang niat, memang aku nak berniaga. Kerja dengan mak sendiri pon dah presure, aku tak boleh bayang kalau aku keje ngan orang camne...

Sabtu, 20 November 2010

Fikir Dulu..

Salam sejahtera ,

Ramai juga yang berkata "Saya belum ada perniagaan lagi, nak buat website nak buat bisnes apa ?"

Pada peringkat awal ni semasa anda dalam proses nak belajar buat website, saya cadangkan jual barang orang lain dan ambil komisyen dahulu. Sampai sekarang saya tak pernah jual barang sendiri. Sebab jika kita jual barang sendiri, kalau tak laku dah tentu rumah kita banyak stok yang tak terjual, itu rasanya tak praktikal.

Kalau barang orang lain kita tak boleh jual itu tak menjadi masalah, kita tak perlu simpan stok.

Kalau tak ada sangat gunakan affiliate GDI untuk menajamkan skill anda dalam pembinaan website dan email kempen. Jadikan ia sebagai batu loncatan. Anda dah tak perlu keluar modal apa-apa lagi, kerana anda telah pun layak untuk mempromosikan GDI.

Jadikan GDI atau barang lain sebagai kayu pengukur. 
Jika anda masih tak boleh mempromosikan GDI atau tak dapat downline lagi atau anda masih belum dapat menjual satu barangan pun, masih tak dapat komisyen, bukan barangan itu yang tak bagus, tetapi mungkin kandungan website anda belum menangkap lagi, email kempen anda belum mencapai tahap yang diinginkan. Majukan bahagian tersebut, jangan pindah ke perniagaan lain pula, itu langkah yang silap.

Ada yang tanya saya macamana pendapatan saya tentang GVO, kerana dia nak menyertainya, saya tanya dia, dah tahu buat website tak ? Dia kata belum. Saya tanya dah ada email kempen sendiri ke belum ? Dia kata belum, saya jawab jangan buang duit menyertai GDI ke, GVO ke, vemma ke, uptrend ke,CNI ke, jangan buang duit lagi.

Kalau dah tahu langkah-langkah tersebut, masuklah bisnes apa pun, memang boleh berjaya..... 


Terima Kasih

Jumaat, 8 Oktober 2010

PERCUMA

Hari ni saya nak kongsi teori PERCUMA dengan anda. Cuba tanya diri sendiri,suka tak dengan benda percuma? Pasti jawapanya ya!
Oleh itu jika anda ingin memulakan apa-apa perniagaan, cuba gunakan teori percuma ini. Contohnya, ada seorang kawan saya yang menyediakan perkhidmatan web hosting. Dalam mempromosikan perkhidmatanya, dia mengajar bakal pelanggan membuat website secara PERCUMA dan dalam megnajar 'muridnya' dia mengesyorkan webhostingnya kepada 'muridnya'.
Lain pula ceritanya tentang seorang Doktor di Selangor, dia menyediakan khidmat nasihat perubatan kepada peskit-pesakitnya melalui telifon dan e-mail. Hasilnya semua yang pernah mendapatkan nasihat dari beliau pergi mendapatkan rawatan di kliniknya jika terdapat masalah kesihatan, pendapatan kliniknya meningkat!
Kisah-kisah ini hanya sebahagian kecil yang dapat saya kongsikan, sebenarnya ramai lagi yang berjaya meningkatkan pendapatan melalui teori ini. Tunggu apa lagi, cubalah!

Selasa, 10 Ogos 2010

Tuhan No.1

Ramai orang yg berimpian untuk berjaya dan mengecapi kemewahan dalam hidup. Bagi merialisasikan impian itu berbagai cara digunakan. Malangnya dalam kegairahan mengejar impian ramai yang lupa dan lalai akan tanggungjawab sebagai muslim.Kita sibuk mengejar kemewahan hingga kita lupa pada Allah, tuhan yang memberi rezeki.
Apabila kita lupa pada tuhan kita akan guna apa sahaja cara untuk mencapai matlamat, walaupun dengan cara yang salah seperti menipu. Apa yang penting kita jaga hubungan dengan Allah, pasti Allah akan permudahkan segala urusan kita.Cuba kita fikirkan, bagaimana kita ingin berjaya andai hubungan dengan pencipta kita tidak jaga? Kerjalah walau sampai langit bertukar jadi hijau pun, kalau tidak ingat pada tuhan pasti tidak akan senang.
Oleh itu ingatlah, Tuhan No.1 baru diikuti dengan hal-hal yang lain.Insyallah berkat usaha dan doa kepada Allah saya yakin kita akan sama-sama menuju ke puncak kejayaan!

Jumaat, 19 Mac 2010

ETR oh ETR...


Minggu ini ramai kawan saya yang pecah kepala kerana ujian ETR. Pada yang tidak tahu apa ETR, ia merupakan singkatan kepada "Entreperneurship". Merupakan sebuah subjek berkaitan perniagaan yang wajib diambil oleh semua palajar UiTM walaupun bukan dari fakulti perniagaan!(saya tak pasti dengan universiti lain) Maka ramailah yang merungut "susah", "bukan budang kita" dan berbagai lagilah!

Namun pernahkah kita terfikir, apa resionalnya subjek ini diwajibkan? Sebenarnya, kesedaran orang Melayu/Bumiputra terhadap bidang perniagaan begitu tipis. Seperti yang pernah saya sebutkan dalam artikel yang lepas, orang melayu telah "diprogramkan" otaknya supaya makan gaji! Sehinggakan kita merasakan perniagaan itu bukan "bidang" kita. Mungkin selalu kita dengar,"Belajar tinggi-tinggi nak, masuk U lepas tu cari la kerja baik-baik".Hakikatnya diluar sana tidak begitu, persaingan begitu sengit! Tambahan pula, bukan kita sahaja graduan universiti!

Maka itu, kita diwajibkan belajar ETR. Tujuannya untuk membentuk mimda anak bangsa agar lebih terdedah pada perniagaan. Dengan harapan agar kita tidak terlalu bergantung pada peluang pekerjaan yang makin terbatas dan sengit persaingannya.

Oleh itu, kita sebagai graduan kenalah berfikir diluar kotak! Jangan terlalu mengharapkan kekosongan jawatan, sebaliknya bertindak lebih berani. Mulakan perniagaan dan wujudkan peluang pekerjaan kepada orang lain!

Fikir-fikirkan...

Khamis, 18 Mac 2010

Semua Orang Adalah "Peniaga"!


Setiap kali saya mengajak kawan berniaga, ramai yang takut untuk menceburinya.Bermacam alasan yang diberikan. Contohnya, "tak pandai", "tak de modal", "tak de pengalaman", "tak minat" dan sebagainya akan diberikan. Mereka lebih gemar meneruskan pekerjaan mereka dan terus-terusan merungut tak cukup duit!

Sedar atau tidak, sebenarnya setiap dari kita adalah "peniaga" walaupun secara dasarnya kita bekerja dan mendapat gaji bulanan. Bagaimana yang dikatakan kita berniaga?
Contoh: Katakan anda bekerja dengan sebuah syarikat swasta, anda bekerja 8jam sehari dengan gaji RM1500. Anda fikir anda bekerja namun hakikatnya setiap hari anda berniaga! Anda telah MENJUAL masa dan kemahiran yang anda miliki dengan bayaran RM50 setiap hari! Upah perkhidmatan masa dan kemahiran anda tadi akan dibayar pada hujung bulan yang anda terima sebagai gaji.

Jika semua kita adalah "peniaga", mengapa masih beralasan untuk berniaga? Tunggu apa lagi, mulakan perniagaan sebenar kita hari ini!
webcam gif maker