Isnin, 27 Oktober 2014

Online Retailing

Tips Memulakan Perbualan

Mempromosi sesuatu perkhitmatan atau produk tidak boleh terlalu gopoh atau terburu-buru. Jika terlalu terburu biasanya gagal untuk menghasilkan jualan.

Melalui tajuk perbualan yang dibualkan, amati kecenderungan bakal pelanggan. Topik dan subjek yang paling banyak disentuh merupakan "senjata" yang boleh kita gunakan sebagai "selling point".

Brikut adalah tips memulakan perbualan supaya anda boleh mengenali keperluan dan kehendak bakal pelanggan secara sepintas lalu.
FORMHD

F:Family
Tanyakan tentang keluarga seperti bilangan adik beradik, jumlah anak, asal dan sebagainya.
Dengan mengetahui sedikit latar keluarga lita boleh tahu bakal pelanggan mementingkan keluarga atau bagaimana. Katakan dia banyak bercerita tentang anaknya yang baru lahir. Gunakan anaknya sebagai "senjata", tekankan manfaat yang anak beliau akan peroleh dengan menggunakan produk atau servis anda.

O:OCcupation
Ceritakan tentang suasana kerja,masalah dan pengalaman. Katakan pelanggan mengadu yang majikannya kerap menekannya. Gunakan kesempatan ini untuk menekankan kelebihan menyertai perniagaan networking anda. Anda bebas tanpa majikan.

R: Recreation
Minat dan kecenderungan pelanggan. Contohnya bakal pelanggan gemar melancong. Ceritakan kelebihan produk anda yang mudah dibawa ketika mengembara atau perkhidmatan egen pelancongan anda.

M:Money
Apsbila bercerita tentang wang. Kita boleh tahu setakat mana perbelanjaan mereka. Apakah harapan mereka. Ini memudahkan kita untuk mengukur tahap kemampuan bakal pelanggan. Jika dia berkemampuan boleh syorkan produk yang lebih mahal dan besar marginnya!

H:Health
Dengan membincangkan tajuk kesihatan kita boleh kenali tahap kesedaran pelanggan. Dan latatar belakang kesihatannya.Mudahlah untuk anda menjual insurans yang sesuai!

D:Dream
Mengetahu impan pelanggan juga banya membantu kita dalam melakukan jualan. Katakan anda menjual pakaian dan pelanggan mempunyai impian untuk melancong ke Korea. Anda boleh tahu yang pelanggan pasti peminat k-pop. Apa lagi kenalkanlah fesyen-fesyen k-pop kepadanya!


Ahad, 21 September 2014

Perbelanjaan secara online

Semalam saya terbaca satu artikel, kajian di Usa tentang pecahan perbelanjaan online mengikut kategori barangan.

Data adalah berdasarkan rakyat US tetapi masih boleh menjadi rujukan bagi peniaga online di Malaysia.

Purata mereka membeli 1 barangan secara onlie setiap bulan.

Barangan yang paling kerap dibeli secara online asalah barangan elektronik. Buku/ebook dan pakaian.

Boleh rujuk rajah untuk lebih lanjut 😆👍

Khamis, 11 September 2014

Strategi Bisnes

Perancangan memainkan peranan penting dalam perniagaan. Perniagaan yang dijalankan tanpa fokus yang jelas lambat laun akan menghadapi masalah samada dalam bentuk kewangan,kepincangan pengurusan ataupun kerugian akibat pembaziran.

Setiap perniagaan memerlukan stratergi yang disusun mengikut kesesuaian keadaan dan bidang.
Stratergi bukan sekadar di atas kertas tetapi perlu dilaksanakan.

Stratergi juga dirangka secara tidak bertulis dan ia umpama senjata bagi menghadapi sebarang bentuk kemungkinan yang berlaku diluar jangkaan.

Antara perkara yang selalu dititik beratkan oleh peniaga ialah meningkatkan kecekapan dari segi pengurusan kewangan. Seorang peniaga perlu tahu dan mengambil berat berkaitan keluar masuk wang serta perbelanjaan yang perlu. Sebaiknya elakkan perbelanjaan yang tidak perlu.

Peniaga perlu ada stratergi semasa membuat pelaburan. Ramai peniaga tidak sanggup mengeluarkan wang untuk membuat pelaburan kerana tidak mempunyai sebarang stratergi yang berkesan bagi mendapat manfaat daripada pelaburan yang mereka lakukan.

Terdapat peniaga yang tidak berani melakukan perubahan dan pembaharuan dari segi perniagaannya. Contohnya tidak berani berpindah daripada gerai ke premis perniagaan yang lebih besar kerana bimbang tidak mampu membayar sewa yang tinggi. Jika premis terletak di kawasan yang stratergik, pastinya keuntungan akan bertambah. Maka tidak timbul isu tidak mampu menaggung kos membayar sewa dan sebagainya. Peniaga yang tidak sanggup mengeluarkan wang untuk tujuan itu takkan kemana-mana.

Tidak ada perniaggan yang tidak mempunyai resiko. Walau sekecil mana pun perniagaan itu, pasti ada rintangan yang harus diharungi. Semakin besar perniagaan, semakin tinggi resiko makin banyak keuntungan dan pulangannya.

Setiap stratergi perniagaan perlu ada sasaran dan matlamat supaya peniaga tidak mudah hanyut dibuai oleh keuntungan yang bersifat sementara. Kerugian salam perniagaan banyak berpunca daripada kegagalan peniaga menyusun  kewangannya secara teratur. Resiko dan kerugian dapat dikurangkan ke tahap minimum jika peniaga mempunyai stratergi menggunakan modal pusingan dengan terancang.

Kebanyakan kegagalan berpunca daripada putaran wang modal yang tidak licin dan sempurna. Akibatnya hutang semakin bertambah. Jika dibiarkan, keseluruhan berniagaan akan terganggu dan meletakkan peniagaan diambang kejatuhan. Untuk mengelakakn itu dari berlaku, pastikan kita mempunyai tabungan yang cukup agar dapat digunakan pada waktu kecemasan.

Sertai persatuan dan dewan perniagaan. Sekiranya perniagaan menghadapi masalah boleh merujuk pada persatuan. Dengan jaringan yang ada dapat membantu menghasilkan peluang perniagaan seaama ahli.

Sekiranya perniagaan yang dijalankan sudah tidak menghasilkan pulangan yang menguntungkan, langkah segera yang drastik perlu diambil. Jangan takut untuk beralih ke bidang perniagaan yang lain.

Sentiasa menang dalam persaingan, peniaga perlu lakukan yang lebih baik dari peniga lain. Jaga kualiti barangan yang dijual, kebersihan premis, dan sentiasa berusaha memenuhi kehendak dan cita rasa pengguna. Ikut mood, minant dan kecendrungan pelanggan. Jika tidak bersedia melakukannya akan ketinggalan dalam persaingan perniagaan.

Peniaga yang mempunyai stratergi perniagaan biasanya berjiwa besar dan tudak takut mengambil resiko dan melakukan perubahan. Dunia perniagaan hanya untuk mereka yangmempunyai impian dan cita-cita. Impian akan tinggal impian jikaseseorang peniaga terus kekal di takuk lama dan tidak mahu melakukan anjakan pada setiap tindakan.

Jumaat, 22 Ogos 2014

Pemilihan Lokasi Perniagaan

Indah perhiasan tidak bermakna apa-apa jika pelanggan dilayan dengan buruk dan kasar. Begitu juga lokasi perniagaan tidak terletak dalam kawasan yang strategik, ia tidak akan dapat menarik pelanggan biarpun premis dihias dengan begitu anggun sekali. Premis perlu mudah dikunjungi, dihubungi dan dicari.

Sebagai contoh dalam masyarakat cina, feng shui memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan ataupun kegagalan sesebuah perniagaan. Sebenarnya feng shui adalah satu bentuk ilmu sains dan geografi yang digunakan oleh prang cina bagi mencari tapak perniagaan yang sesuai.

Tempat yang baik akan menarik ramai orang berkunjung ke situ. Feng Shui yang baik memperlihatkan ada aliran air dan angin yang baik. Ini adalah bagi keseimbangan atau istilah yang digunakan yin dan yang. Unsur yang salimg bertentangan menjadi asas kepada keharmonian. Premis juga sebaiknya mempunya pemandangan yang lapang dan tidak terletak di tempat yang agak gelap dan sunyi. Elakkan mencari premis perniagaan di persimpangan jalan.

Lokasi perniagaan perlu menhadap jalan besar dan tidak dihalang pokok, bukit atau bangunan tinggi. Perlu ada aliran anhin masuk ke dalam premis. Cahaya dalam premis perlu mencukupi dan jangan biarkan ia dalam keadaan kelam dan suram (comtoh kedai mamak). Feng Shui yang sesuai menyebabkan mereka yang masuk ke dalam premis berasa riang dan bertenaga. Feng Shui yang buruk pula akan menyebabkan orang didalam premis tidak bermaya dan hilang tenaga. Pintu masuk perlu dia biarkan terbentang luas, jika pintu masuk sempit ia menhebabkan wang yang mengalir menjadi sempit.

Warna juga memainkan peranan penting dalam membantu memajukan perniagaan. Warna latar yang terang dan cerah akan mewujudkan suasana ceria dan selesa di dapam premis.

Lokasi perniagaan yang dianggap baik juga haruslah mempunyai kemudahan meletak kereta, pengangkutan awam dan tidak jauh dari pejabat kerajan.

Ahad, 17 Ogos 2014

Tip Bisnes Orang Cina

1. Peniaga perlu menunjukan kejujuran dan keikhlasan semasa melakukan urus niaga.
2. Peniaga perlu mewujudkan kemesraan dan kepercayaan pelanggan. Tidak kira pelanggan besar atau kecil, tetap atau baharu.
3. Perniaga perlu melayan setiap pelanggan dengan saksama kerana setiap pelanggan adalah penting.
4. Peniaga tidak boleh menurut perasaan atau kehendak sendiri.
5. Peniaga perlu akur dengan permintaan dan keperluan pelanggan.
6. Peniaga perlu sentiasa memaniskan muka dan kaya dengan senyuman.
7. Peniaga tidak boleh marah dan menengking pelanggan.
8. Peniaga bukan tauke kerana bos sebenar adalah pelanggan.
9. Peniaga tidak boleh sombong, angkuh dan bongkak.
10. Peniaga perlu ringan tulang dan mudah menghulurkan bantuan.
11. Perniaga perlu bersedia memberi perkhidmatan tambahan.
12. Peniaga tidak boleh ragu-ragu menjawab pertanyaan orang ramai.
13. Perniaga perlu menunjukkan yang dia serba tahu dalam bidang perniagaannya.
14. Peniaga perlu mengambil berat hal ehwal masyarakat dan isu semasa.
15. Peniaga perlu ada kepekaan yang tinggi dan dan rasa simpati terhadap pelanggannya.
16. Peniaga perlu menjadikan pelanggan sahabat, bukan pembeli yang datang dan pergi.
17. Peniaga tidak boleh kedekut memberi diskaun, pujian dan penghargaan pada pelanggan.
18. Peniaga tidak boleh mengambil cuti kecuali kecemasan atau perkara yang tak boleh dielakkan.
19. Peniaga perlu bangun awal, membuka perniagaannya secepat mungkin.
20. Peniaga perlu memberi perkhidmatan yang cepat dan pantas. Jangan biar pelanggan tertunggu-tunggu.
21. Peniaga perlu mudah dibawa bicara dan berunding.
22. Peniaga tidak boleh bersikap prejudis pada pelanggan dan orang ramai.
23. Peniaga perlu siantiasa berfikiran terbuka dan positif.
24. Peniaga tidak boleh cepat melatah dan terburu-buru.
25. Peniaga perlu menunjukkan kepada pelanggan yamg dia sentiasa sibuk.
26. Peniaga tidak boleh tidur ketika menjalankan urusniaga.
27. Peniaga perlu mencetuskan keceriaan bukan kebosanan.
28. Peniaga perlu memastikan premisnya penuh dengan barangan dan tidak membiar ruang kosong.
29. Peniaga perlu memberi kebebasan pada pelanggan untuk membuat pilihan.
30. Jangan sesekali campur tangan dan membuat keputusan bagi pihak pelanggan kecuali diminta.
31. Peniaga perlu membuat pelanggan merasa kehadiran mereka dialu-alukan.
32. Tidak boleh mengatakan 'tidak' pada pelanggan.
33. Jangan mewujudkan jurang dengan pelanggan.
34. Peniaga perlu berperanan sebagai peniaga. Bukanya kaki umpat, kaki judi atau kaki arak.
35. Peniaga perlu belajar menggunakan wang dan meningkatkan kemahiran menabung.
36. Sentiasa menyediakan duit kecil untuk ditukar dengan pelanggan.
37. Peniaga tidak boleh menunjuk-nunjuk kemewahan pada pelanggan kerana imej bukanya datang dari kemewahan sebaliknya perkhidmatan yang diberi.
38. Peniaga jangan sesekali makan dihadapan pelanggan. Ia dianggap tidak sopan dan pelanggan tidak suka.
39. Peniaga perlu menampal notis jika premisnya ditutup untuk sementara waktu.
40. Peniaga jangan mencari musuh kerana ia tidak baik untuk perniagaan.
41. Peniaga jangan terlalu suka bercakap tentang keuntungan.
42. Peniaga perlu tahu membeza keuntungan jangka pendek dan keuntungan jangka panjang.
43. Peniaga tidak boleh telalu yakin. Perlu berwaspada dan berjaga-jaga.
44. Peniaga sebaiknya tidak menjadikan premis sebagai tempat keluarga bertandang dan bersrmbang.
45. Peniaga perlu menyimpan lebihan dan stok jualan agar tidak berlaku kekurangan.
46. Peniaga perlu tepati janji dan melunaskan hutang.
47. Peniaga tidak akan rugi jika memberi insentif pada pelabggan dalam bentuk hadiah, potongan harga atau menambah berat barangan.
48. Peniaga tidak boleh menipu, kerana kepercayaan  asas utama perniagaan.
49. Peniaga tidak boleh menyalahkan orang lain apabila berlaku kecurian atau kerugian. Perlu diterima dengan cekal.
50. Perlu mewujudkan situasi menang-menang dengan pelanggan agar hubungan berkekalan dan perniagaan dapat pertahan.

Khamis, 14 Ogos 2014

Pegang Wang Lebih Lama

Adakah kita mahu meningkatkan getaran apabila menerima lebih banyak wang? Simpan dan pegang dulu cek yang anda twrima lebih lama.
Daripada anda terus menunaikan cek itu pada hari yang sama anda mendapatnya, kita sepatutnya memegang cek itu lebih lama supaya lebih banyak nilai getaran dapat dijana apabila kita memerhatikanya selama sehari atau lebih. Setiap kali kita memerhatikan cek itu, kita dikejutkan dengan rasa seronok yang seterusnya serahkan sahaja pada 'law of atraction'.
Ingat, setiap kali kita berasa seronok, kita sedang memasukan getaran itu kedalam gelung getaran kita. Apabila ada sesuatu yang membuatkan kita teruja mengenai wang, lakukannya berulang kali. "Law of atraction" sentiasa memberi respon.

webcam gif maker