Rabu, 22 Disember 2010

Apa itu jualan langsung?

Jualan langsung bukanlah suatu bidang yang asing di Malaysia, umum telah tahu akan bidang ini kerana ia telah mula bertapak sejak awal tahun 80-an lagi. Dan apabila di sebut sahaja jualan langsung apa yang tergambar di fikiran umum ialah aktiviti menjaja produk dari meja ke meja seperti salesman.
Sebenarnya itu adalah pemahaman salah! Jualan langsung dalam erti kata sebenar adalah jualan terus dari kilang. Sebagai contoh sebelum sesuatu produk sampai ke tangan kita ia perlu melalui satu rantaian, 
KILANG - PEMBORONG - PERUNCIT - PENGGUNA.
Ini bermakna sebelum sesuatu produk itu dapat sampai ke tangan kita, pengguna ia perlu melalui proses ini dan setiap satu proses akan  meningkatkan lagi harga produk kerana di setiap peringkat pihak yang terlibat akan mengaut keuntungan. Percaya atau tidak jualan langsung memecahkan rantaian ini! Ya, melalui jualan langsung kita akan membeli barangan terus dari kilang.
KILANG - PENGGUNA
Maka kita akan dapat embeli barang denagn lebih murah!

Tiada ulasan:

webcam gif maker