Ramai orang yg berimpian untuk berjaya dan mengecapi kemewahan dalam hidup. Bagi merialisasikan impian itu berbagai cara digunakan. Malangnya dalam kegairahan mengejar impian ramai yang lupa dan lalai akan tanggungjawab sebagai muslim.Kita sibuk mengejar kemewahan hingga kita lupa pada Allah, tuhan yang memberi rezeki.
Apabila kita lupa pada tuhan kita akan guna apa sahaja cara untuk mencapai matlamat, walaupun dengan cara yang salah seperti menipu. Apa yang penting kita jaga hubungan dengan Allah, pasti Allah akan permudahkan segala urusan kita.Cuba kita fikirkan, bagaimana kita ingin berjaya andai hubungan dengan pencipta kita tidak jaga? Kerjalah walau sampai langit bertukar jadi hijau pun, kalau tidak ingat pada tuhan pasti tidak akan senang.
Oleh itu ingatlah, Tuhan No.1 baru diikuti dengan hal-hal yang lain.Insyallah berkat usaha dan doa kepada Allah saya yakin kita akan sama-sama menuju ke puncak kejayaan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan