Rabu, 25 September 2013

4 Platform memulakan perniagaan online

Terdapat barbagai cara untuk menjana pendapatan secara online. terpulang kepada kita untuk memilih, anda hanya perlu berfikir untuk memilih salah satu yang paling sesuai dengan kemampuan dan kebolehan anda.

Setiap orang boleh memulakan perniagaan online sendiri di rumah menggunakan salah satu daripada 4 cara berikut.

1. Program Affiliate – Ini adalah cara percuma dan mudah untuk memulakan perniagaan online di rumah. Ramai orang memilih untuk memulakan cara ini kerana anda akan diberikan hampir semua yang anda perlukan untuk memulakan. Satu yang menarik adalah ianya tidak memerlukan modal, hanya perlu belajar bagaimana untuk mengiklan perniagaan anda di internet.



2. Jual di eBay – Ramai orang yang telah berjaya melakukannya. Ianya adalah satu cara perniagaan online yang mudah untuk dimulakan.

Anda hanya perlu untuk mencari produk yang hendak dijual, kemudian buat lelongan diebay. Pelajari cara dan kaedah untuk membuat jualan di eBay kerana ianya memerlukan bebrapa teknik dan rahsia yang akan membolehkan anda menjana pendapatan secara online. Anda tidak akan mengetahuinya rahsia dan kaedah untuk menjual jika anda tidak meluangkan masa untuk belajar.

3. Pereka Website – Tahukah anda bagaimana membina website yang berkualiti? Jika jawapan anda ya, maka anda mempunyai potensi untuk memulakan perniagaan online anda sendiri.

Ramai orang yang memerlukan website mereka sendiri untuk memulakan perniagaan online tetapi tidak mempunyai masa atau tidak mahu belajar bagaimana untuk melakukannya sendiri. Jadi mereka bersedia untuk mencari orang yang mahir untuk membina website.

4. Freelance – Melakukan kerja untuk orang lain dengan kebolehan dan kemahiran yang dimiliki seperti menjadi penulis sambilan, menjadi perunding bebas untuk syarikat dan orang perseorangan yang memerlukan khidmat untuk rekacipta logo dan sebaginya.

Ianya hanya beberapa cara untuk menjana pendapatan secara online yang anda boleh lakukan untuk membantu anda memulakan perniagaan online dirumah yang boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa. Terpulang kepada anda kerana semua keperluan diatas telah sedia untuk dipilih. Apa yang diperlukan ialah sanggup untuk belajar dan memiliki komitmen dan kesungguhan untuk melakukannya mengikut kemampuan dan kebolehan diri sendiri.

Tips Perniagaan Online

Tips Domain

Ejaan tidak jelas

• Kek / Cake,
• Boutique / Butik
• to you / 2u
• Shoppe / Shop
• women / woman
Perlu dieja setiap kali beritahu secara lisan
____________________________________________
Tidak deskriptif

• malaysiabeststore
• myshop4u
• cheapcollections
• modamoda
Pelanggan tak tahu produk apa yang dijual.
____________________________________________

Gunakan domain yang unik dan mudah diingati

• KurmaAluna.com
Super-lutien.com
Dinardagang.my
Gemilangtravel.com.my
Dndaaviamarine.com
____________________________________________

Tips Design - Header kemas & menarik

• Maklumat ringkas
• Gambar menarik


Tips Produk – Info Lengkap
• Harga
• Jenama
• Warna
• Berat
• Saiz
• Tinggi, Panjang, Lebar
• Kuantiti
• Kelebihan / Kekurangan
• Isi Kandungan
• Khasiat
• Status Halal
• Negara Pengeluar
• Tarikh Luput
• Cara menggunakan
• Cara menyimpan
• Kesesuaian Produk
• Jaminan
___________________________________________________

Tips Gambar - Sudut

1. Ambil gambar berlainan dari sudut berbeza
2. Susunkan produk dengan cara susunan kreatif
3. Jika ada, ambil gambar barang-barang sampingan
4. Gunakan dinding, kertas mahjong, cadar putih.
___________________________________________________
Tips Bayaran – Cara Bayar
1. Bank Transfer - CIMB, Maybank2u, Public Bank
2. Cheque/Money order
3. Cash On Delivery
4. Online payment - PayPal, iPay88
___________________________________________________
Tips Bayaran – Sekuriti

• Pos barang hanya selepas wang diterima
• Pos barangan mahal, gunakan insurans
___________________________________________________

Tips Promosi – Percuma

• Iklan Percuma - forum, direktori, Facebook, dsb
• Promosi Percuma - email marketing
• Enjin Carian (Google, Yahoo) - kata kunci Melayu & Inggeris
_____________________________________________________

Cara Mulakan Bisnes Online?

• Mula dengan Katalog Online – pembayaran online ditambah kemudian
•Guna medium Percuma – blog, Facebook, Lot.my, eBay, dsb
•Dapatkan ilmu Pemasaran Online

Sabtu, 13 Julai 2013

Manfaat Internet dalam Dunia Perniagaan

Manfaat internet dalam dunia perniagaan  – Memangnya apa ya manfaat internet? Manfaat internet dalam dunia perniagaan itu sangat banyak jika kita pelajari. Internet adalah jaringan komputer yang saling terhubung dari seluruh dunia, dimana di dalamnya mengandungi berbagai informasi yang boleh kita akses. Kalau internet boleh diakses seluruh dunia, ini bererti pasaran yang luas untuk Anda dalam melakukan marketing. Manfaat internet dalam dunia perniagaan memang sangat luar biasa.

Manfaat internet dalam dunia usaha memang sungguh besar. Kehadiran dan perkembangan internet telah memberikan banyak manfaat di pelbagai bidang kehidupan manusia. Arus informasi dan ilmu pengetahuan yang bebas diakses, membuat banyaknya daerah yang buta akan informasi perlahan-lahan menjadi mengerti.

1. Menciptakan asas bagi klien atau pelanggan
Untuk mendapatkan klien atau pelanggan baru dan menciptakan asas klien tidak selalu dapat diperoleh dengan mudah. Internet merupakan salah satu alternatif wadah yang tepat untuk dijadikan sebagai tempat untuk asas pertemuan jutaan orang di seluruh dunia. Dengan demikian untuk mendapatkan pelanggan baru lebih mudah dengan adanya kelompok yang besar di internet tersebut.

2. Analisa produk dan pasaran
Internet dapat dijadikan tempat yang baik untuk melakukan kajian pemasaran karena pengeluar atau perniaga dapat berhadapan secara langsung dengan pelanggan. Analisa pasaran akan membantu perniagaan untuk mendapatkan idea dalam pengembangan produk baru yang sesuai dengan keinginan dan keperluan pelanggan.

3. Nasihat dan bantuan pakar di bidangnya
Banyak pakar yang ada di internet yang menerbitkan karyanya untuk diketahui umum. Sering pula kita memperoleh nasihat dan bantuan secara percuma dari para pakarnya tentang masalah yang kita hadapi. Jika kita membandingkannya dengan mendapatkan nasihat dari jururunding, maka kita harus membayar dengan harga yang sangat mahal.

4. Pengambilan tenaga kerja dan penyedian peluang kerja
Sekarang ini pengambilan tenaga kerja melalui internet semakin digemari oleh perusahaan-perusahaan. Di internet terdapat banyak sekali daftar peluang pekerkerja dan bahkan juga pemohon pun sering pula mempromosikan dirinya melalui internet. Sehingga dengan begitu antara yang memerlukan tenaga kerja dan pencari pekerjaan dapat saling bertemu di internet.

5. Akses informasi dan penyebaran informasi
Menerbitkan berita melalui internet dapat tersebar luas melebihi media lainnya. Dalam hal akses informasi, melalui internet pun jauh lebih cepat jika dibandingkan dengan menggunakan fax atau pos. Kita semua dapat mengakses informasi dan menyebarkan informasi dari penjuru dunia ke penjuru dunia yang lain. Juga dapat membuat hubungan secara interaktif dan langsung melalui komputer. Perhubungan secara interaktif tersebut akan menarik dengan adanya penggunaan chat dan video conferencing.

6. Komunikasi yang cepat dan pengiriman dokumen dengan kos yang murah
Berbagai fasiliti yang ada di internet telah banyak membuktikan mampu mempercepat komunikasi dengan orang yang dituju. E-mail adalah salah satu contoh yang telah banyak dimanfaatkan oleh banyak orang untuk mengirim dan menerima dokumen. Chat atau video conferencing juga mempercepat komunikasi yang dilakukan di internet. Internet dapat juga digunakan untuk memindah dokumen secara online dalam waktu yang singkat.

7. Peluang perniagaan baru
Banyak yang memanfaatkan internet untuk mencari idea inovatif. Pengguna internet sering memperoleh idea baru tidak hanya disebabkan oleh penelitiannya, tetapi juga adanya suasana perniagaan di antara pengguna internet. Internet sering juga dijadikan forum komunikasi antara para ahli di bidangnya masing-masing.

Sekarang sudah tahu manfaat internet dalam dunia perniagaan kan? Sangat menarik memang kalau kita punya blog atau website sendiri untuk marketing di internet. Kita boleh curahkan ciptaan marketing kita di dalam website.
p/s:Jika artikel tentang manfaat internet dalam dunia perniagaan ini sangat bermanfaat, silahkan di share ya? Terima kasih, selamat berjaya untuk anda.
http://bizsolution4u.com/

Sabtu, 22 Jun 2013

Potensi Perniagaan Di Malaysia

Cuba anda lihat statistik-statistik menarik berkaitan Malaysia di bawah ini.

  • 28.3 Juta Penduduk 
  • Pertambahan Penduduk 650,000 setahun 
  • Pendapatan Per Kapita RM28,000 setahun 
  • 24.7 juta pelancong asing setahun pada 2012 
  • RM164 juta sehari di belanjakan oleh pelancong asing 
  • 2 juta pekerja asing 
  • pendatang tanpa izin ??? (anggaran 1 juta orang) 
TIDAK TERUJAKAH ANDA ??? Masih belum nampak apa perniagaan yang sesuai ? Belum nampak peluang perniagaan? Masih belum memulakan sesuatu perniagaan ??
Itu belum statistik luar negara.
Kalaulah dari pelancong asing saya boleh buat duit RM1 seorang, saya sudah jadi jutawan! Itu belum USD1


BANGUN!!!!!!!!


APA IDEA ATAU POTENSI PERNIAGAAN ANDA BOLEH LAKUKAN DENGAN STATISTIK DIATAS?

p/s: mulakan perniagaan anda secara kecil-kecilan di internet. Ketahuinya di http://bizsolution4u.com

Jumaat, 14 Jun 2013

Hutang BAIK vs Hutang BURUK

Hutang yang buruk dalam jangka waktu panjang akan menggerogoti kewangan kita dengan bunganya yang tinggi. Namun, ternyata tidak semua hutang itu bersifat buruk, ada juga hutang yang baik yang boleh membantu kehidupan kewangan kita. Nah, yang manakah hutang baik dan yang manakah hutang buruk?

Hutang yang baik adalah hutang digunakan untuk pelaburan jangka panjang. Kedepannya, hutang ini akan memberikan manfaat secara kewangan bagi kita.Ada tiga jenis hutang yang tergolong sebagai hutang baik:

Hutang KPR (Kredit Pemilikan Rumah)
Iaitu, hutang yang digunakan untuk membeli rumah. Hutang ini bersifat baik kerana nilai rumah cenderung meningkat dari tahun ke tahun.

Hutang Keperluan Pelajaran
Untuk mengambil S1 di universiti swasta ternama, wang kuliah secara keseluruhan sudah mencapai puluhan ribu. Oleh kerana itu, berhutang untuk pelajaran boleh menjadi salah satu pilihan. Setelah tamat kuliah, nilai pendapatan orang tersebut akan meningkat. Jadi, hutang untuk pelajaran dalam jangka waktu panjang akan memberikan kesan positif ke cashflow orang tersebut.

Hutang untuk Membuka Perniagaan
Hutang ini tergolong baik kerana usaha tersebut boleh memberikan pendapatan tambahan. Namun, perlu diperhatikan juga bahawa membuka perniagaan adalah tindakan yang berisiko. Cukup banyak perniagaan  yang kurang laku hingga akhirnya muflis.

Hutang yang buruk adalah hutang yang digunakan untuk barang yang nilainya semakin lama semakin kecil, atau yang lebih buruk lagi bila digunakan untuk barang konsumtif yang nilainya langsung habis. Contohnya adalah:

KKB (Kredit Kenderaan Bermotor)
Dianggap buruk kerana nilai kenderaan bermotor cenderung semakin kecil dari masa ke masa. Jumlah kenderaan bermotor tidak perlu banyak-banyak, terlebih lagi kerana sekarang kerajaan menyasarkan penurunan harga kenderaan secara berperingkat.

Berhutang untuk Membiayai Percutian
Dianggap buruk, sebab wang yang anda belanjakan akan lenyap seluruhnya begitu percutian anda selesai. Anda boleh bercuti sebanyak yang anda mahu, dengan syarat anda mampu membayar percutian tersebut.

Berhutang untuk Membeli Barang Keperluan Sehari-hari
Seperti makanan, pakaian dan lain-lain akan berbahaya bagi kewangan anda. Apabila anda tidak boleh membayar seluruh tagihannya pada bulan berikutnya.

Jumaat, 31 Mei 2013

Kelebihan Bisnes Secara Online

Salam usahawan, di sini saya ingin dedahkan beberapa kebaikan serta kelebihan bisnes onlinejika anda bercadang ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan di internet atau bisnes online. Rata-rata sekarang ini ramai yang begitu ghairah untuk jalankan perniagaan. Tetapi adakah mereka ini mengkaji risiko-risiko yang bakal mereka tempuhi. Bagi saya, jika anda ingin ceburkan diri dalam dunia perniagaan, saya sarankan anda pilih perniagaan yang boleh dijalankan secara online. Bukan bermakna perniagaan offline tidak bagus atau tiada peluang untuk berjaya, tetapi perniagaan yang dilakukan secara online kurang berisiko dan lebih mudah untuk dijalankan. Namun begitu walaupun terdapat banyak kelebihan bisnes online ni, tidak semua orang akan berjaya dalam perniagaan online. Saya akan cuba huraikan lagi dalam post yang akan datang “Kenapa ramai yang Gagal dalam Bisnes Online”. Anda harus ingat MUDAH tidak semestinya MENJAMIN KEJAYAAN.

Berikut adalah beberapa Kebaikan dan Kelebihan Bisnes Online:-

Kos Murah – Modal permulaan yang boleh dikatakan agak rendah berbanding perniagaan secara offline. Anda boleh memulakan perniagaan online bermula dengan modal serendah RM200 ke RM1,000. Berbeza dengan perniagaan offline, anda sekurang-kurangnya perlu menyediakan modal sekitar RM3,000 walaupun untuk memulakan bisnes jual burger.

Bisnes 24 jam – Perniagaan online anda boleh bergerak 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Dengan erti kata yang lain perniagaan anda beroperasi tanpa henti. Dengan teknologi terkini yang ada sekarang semua ini mampu anda lakukan dengankelebihan bisnes online. Berbeza dengan bisnes offline, ada yang bergantung kepada musim, ada yang bergantung kepada waktu bekerja rasmi dan pendek kata mempunyai had masa untuk dijalankan.

Kurang Risiko – Semua perniagaan mempunyai risiko. Cumanya kelebihan bisnes online ni ianya mempunyai risiko yang paling rendah berbanding perniagaan offline. Modal yang anda keluarkan untuk perniagaan online boleh disalurkan kepada bentuk bisnes lain sekiranya anda bertemu jalan buntu untuk meneruskannya. Misalnya tapak hosting yang anda sewa dan tools yang anda langgan di internet masih boleh digunakan semula untuk apa saja bentuk perniagaan anda di internet. Berbeza dengan bisnes offline modal yang telah anda keluarkan untuk membeli aset dan sebagainya kurang sesuai untuk bisnes lain. Misalnya mana mungkin anda boleh gunakan semula peralatan bisnes burger untuk anda gunakan dalam bisnes kedai dobi.

Kebebasan Masa Bekerja – satu lagi kelebihan bisnes online ialah anda boleh tentukan sendiri masa untuk anda bekerja. Bisnes online tersedia untuka dijalankan pada bila-bila masa. Sekiranya anda sudah memiliki pekerjaan tetap, anda masih boleh lakukan bisnes online anda selepas waktu bekerja. Pendek kata tiada had masa dan tiada kekangan untuk anda bekerja malah anda bebas tentukan masa anda.
Kebebasan Tempat Bekerja – dengan bisnes online anda boleh kawal dan jalankan bisnes anda hanya dari depan laptop atau PC anda. Anda bebas lakukan perniagaan anda dari mana-mana tempat baik di rumah, di restoran, di kampung, dalam perjalanan ke sesuatu tempat, ketika anda melancong atau sedang bercuti anda tetap boleh menyelia atau monitor perniagaan anda asalkan anda mempunyai akses ke internet untuk online.

Tiada Perlu Sewa Pejabat atau Kedai – melalui bisnes online anda sebenarnya sudah memiliki pejabat dan kedai maya. Semua tempat adalah pejabat anda dan semua tempat adalah kedai anda. Anda cuma perlukan beberapa peralatan asas seperti laptop/PC dan talian internet. Selain itu anda boleh sewa tapak hosting atau memiliki nama domain perniagaan anda sendiri jika mahu nampak lebih profesional serta meningkatkan lagi kelebihan bisnes online anda.

Isu Lesen Perniagaan – anda tidak perlu bersusah payah untuk memohon lesen, banyak perniagaan di internet yang sudah tersedia mempunyai lesen perniagaan yang sah, anda cuma perlu jalankannya sahaja. Walaubagaimanapun terdapat juga perniagaan internet yang memerlukan kebenaran dan lesen yang sah untuk menjalankannya, anda perlu mohon untuk dapatkannya.
Pelbagai Jenis Perniagaan – inilah kelebihan bisnes online, anda tidak terhad untuk hanya jalankan satu jenis bisnes sahaja, anda bebas menjalankan seberapa banyak perniagaan yang anda mahu. Ini kerana setiap bisnes online anda boleh dijalankan secara automasi dengan pelbagai tools atau peralatan yang ada di internet. Tetapi adalah dinasihatkan anda bermula dengan satu bentuk perniagaan sehingga berjaya dan seterusnya anda boleh tambah bisnes anda dari masa ke semasa. Berbanding dengan perniagaan offline ianya mungkin akan membataskan anda untuk melakukan lebih daripada satu bentuk perniagaan. Mungkin anda hanya mampu jalankan cuma 2 atau 3 sahaja disebabkan kekangan masa dan keupayaan anda.

Tidak Perlu Travel – dengan kelebihan bisnes online yang ada, anda tidak perlu bergerak ke sana ke mari hanya untuk berjumpa pelanggan atau menghantar produk anda. Anda boleh berjumpa pelanggan anda hanya dari komputer anda. Anda boleh menghantar informasi atau maklumat melalui sistem email, video dan pelbagai lagi tools yang ada. Malah anda boleh terus bersemuka dengan pelanggan anda melalui atas talian jika anda mahu. Berkaitan penghantaran produk pula anda boleh gunakan khidmat kurier, terdapat banyak perkhidmatan penyedia khidmat penghantaran melalui kurier, pilih saja yang mana sesuai dengan bisnes anda. Pendek kata tidak timbul isu komunikasi antara anda dan pelanggan anda.

Peluang Bisnes Global – bisnes online memungkinkan anda mengembangkan perniagaan anda ke seluruh dunia. Tidak timbul lagi soal kedudukan geografi walau apa pun perniagaan yang anda ingin lakukan asalkan perniagaan anda sesuai dengan mereka, anda boleh promosikannya ke seluruh dunia. Inilah kelebihan bisnes online, ianya tiada batasan dan sempadan, anda boleh berhubung dengan pelanggan anda di Singapore, Brunei, Indonesia, Thailand, US, Canada, Asia, Eropah dan walau ke mana sahaja.

Pelanggan Tanpa Had – seperti yang saya nyatakan di atas, anda boleh jalankan bisnes online anda ke mana saja seluruh ceruk dunia, maka secara tidak langsung anda mempunyai pelanggan yang tiada had. Bayangkanlah berapa jumlah pengguna internet seluruh dunia atau jika dilihat pengguna internet di Malaysia pun sudah cukup rasanya buat anda. Perkara ini tidak mungkin terjadi dengan bisnes offline anda. Di mana anda terlalu bergantung dengan pasaran setempat atau bilangan penduduk sekitar lokaliti anda. Lihatlah kehebatan serta kelebihan bisnes online yang anda jalankan.

Peluang Pendapatan Pasif – satu lagi kelebihan bisnes online ni anda berpeluang menjana pendapatan pasif atau pasive income. Dengan erti kata lain anda boleh dapat wang ketika anda sedang nyenyak tidur. Berdasarkan pengalaman saya, ianya bukan satu perkara yang terlalu mudah tetapi bukan juga sesuatu yang mustahil, anda cuma perlukan sedikit kesabaran untuk mencapainya. Sekali anda sudah mula menjana income pasif anda akan terus menjananya tanpa henti walaupun anda cuba hentikannya.

Begitulah sedikit sebanyak beberapa kebaikan dan kelebihan bisnes online. Sebenarnya terdapat banyak lagi kebaikan dan kelebihan bisnes online jika hendak diperkatakan, bagi saya cukuplah dulu dengan perkara-perkara asas berkaitan kelebihan bisnes online seperti yang saya terangkan di atas. Walaubagaimana mudah sekalipun bisnes online ni, tidak dinafikan ianya tetap mempunyai cabaran dan kekangan. Anda harus ingat tiada yang betul-betul ‘PERFECT’ dalam dunia ni, cuma jika berdasarkan perbandingan saya lebih galakkan anda ceburi bisnes online. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berhasrat menjalankan perniagaan secara sambilan atau part time. Yang penting harus anda ingat, anda harus istiqamah dalam menjalankan sesuatu pekerjaan dan berikan komitmen sepenuhnya ke atas apa jua perniagaan anda.

Mulalah bina empayar perniagaan online anda dari sekarang serta eksploitasi segala kelebihan bisnes online yang ada. Jika anda tidak mencubanya anda tidak akan dapat pengalaman dan sampai bila-bila pun anda tidak akan berjaya menjana income pertama di internet. Walaubagaimanapun, nasihat saya anda harus berhati-hati memilih perniagaan yang ingin dijalankan di internet. Sekian dulu untuk kali ini, semoga anda sukses dalam apa jua perniagaan yang anda jalankan.

Untuk bantuan menjalankan bisnes secara online sila layari http://bizsolution4u.com

Selasa, 14 Mei 2013

Kelebihan memiliki website sendiri selain facebook

Pada zaman sekarang ni setiap daripada kita pasti akan mempunyai akaun facebook terutama bagi mereka yang melakukan perniagaan. Akaun facebook ini sebagai saluran alternatif atau saluran penyokong dalam sesuatu aktiviti perniagaan yang kita jalankan sama ada secara online atau offline. Offline biasa dikenali sebagai fizikal manakala, online dikenali sebagai digital. Secara umumnya halaman sosial seperti facebook berfungsi sebagai medium utama masa kini bagi menyebarkan maklumat dengan sekelip mata sahaja. Manakala yang kedua popular adalah medium twitter. Namun apa yang saya mahu kongsikan disini perlunya memiliki website sendiri selain menggunakan ‘pengharapan’ facebook.

Mengikut sejarah laman sosial sebelum kemunculan facebook terdapat halaman sosial yang lain pernah wujud di arena internet dan namanya sudah pasti tidak asing lagi bagi mereka yang sudah lama mengenali dunia internet iaitu MySpace dan Friendster. Suatu ketika dahulu MySpace dan Friendster pernah menguasi medium sosial dan menerima impak yang sangat tinggi kepada pengguna internet, namun kini hanya tinggal sejarah. Tidak mustahil suatu masa nanti facebook juga akan mengalami situasi yang sama seperti rakan sebelumnya MySpace dan Friendster. Saya disini ingin mengajak anda supaya sediakan payung sebelum hujan.


Jika anda ketahui, medium seperti website dan google adalah seperti isi dan kuku mereka tidak dapat terpisah. Kebanyakkan laman web hari ini yang terkenal kerana bantuan enjin carian Google pada masa kini. Google merupakan syarikat antarabangsa yang sentiasa membuat perubahan bagi mengekalkan kedudukannya sebagai enjin carian nombor satu dunia selain Bing dari Microsoft dan Yahoo!. Kedudukan teknologi hari ini semakin berkembang pesat dan akan terus berkembang dengan inovasi yang sentiasa segar dari pembangun-pembangun teknologi iaitu kita.

Miliki website sendiri untuk perniagaan anda dengan kos mampu milik, untuk makalumat layari biZsolution4u.com

Isnin, 13 Mei 2013

Kenapa saya perlu website?




Dengan website, atau blog atau apa-apa sahaja, menjadikan perniagaan anda seperti BUKA (BEROPERASI) (OPEN) 24 jam.. dan setiap hari. seperti tiada hari cuti, tetapi jika anda menggunakan tenaga kerja manusia, yg mana manusia perlukan waktu untuk rehat, tetapi website tidak perlukan rehat.

Tidak kira di mana anda berada atau apa yang anda lakukan – walaupun ketika anda sedang tidur atau pergi bercuti atau ke tandas laman web dalam talian anda atau storefront electronic boleh menerima tempahan dan membantu anda menjana pendapatan dan juga dapat menarik pelanggan! 24 jam, setiap hari, tanpa henti itu sebab pertama mengapa anda perlukan website.

seterusnya ialah,

untuk lebih faham, mengapa anda perlukan website?.. jom tngok masa zaman daluhu?.. xlama sangat sekitar tahun 1990 & lt; zaman yang mana penggunaaan internet yang amat kurang jelas, tiada, BROADBAND,WIRELESS and so on. pada masa itu anda masih lagi ingat bagaiman urusniaga dijalankan?.. bagaimana pelanggan anda membeli dan melihat produk anda?. atau mencari kedai anda?. mereka hanya boleh menggunakan Phone Book (yellowpages) cari no telefon, dan selepas itu mereka terpaksa untuk mengambil masa berjalan mencari kedai anda..mereka baru sahaja dapat no telefon kedai anda dan mungkin nama anda, tetapi mereka tidak lagi dapat melihat produk yang anda tawarkan.

Pada masa sekarang, ketika mana penggunaan internet yang menjadi semakin meluas, pengguna tidak lagi perlu bersusah payah look and search dalam yellowpages tetapi mereka sudah ada Google and Yahoo atau engine percarian yang lain. Search engine ini akan memberikan list seperti mana yang mereka inginkan. list yg ada akan di link kan ke website anda, yang mana website anda mengandungi maklumat lengkap yg pelanggan anda inginkan, bagaikan seperti mereka sendri berada di kedai anda. seprti, maklumat senarai harga,instruction, maps,phone number, atau dengan biZsolutioN anda boleh setup website store dengan mudah, para pelanggan mmbuat pilihan dan melihat harga dan click tempah/bayar dan mereka akan mengisi mklumat mereka dan dalam beberapa hari mereka akan mendapat produk/perkhidmatan anda
.
Today, the Internet is one of the first places a person who has access to a computer will go to get information. The Internet ‘IS’ information. Whether it’s information on weather, travel or a specific product or service, the Internet is THE place your customers look to for information.

sekarang anda sudah faham. dan anda inginkan website?.. dan anda perlukannya.!

*Sila layari http://bizsolution4u.com untuk maklumat lanjut.


Rabu, 9 Januari 2013

Jenis Perniagaan Internet



Jenis Perniagaan Internet, peluang peniagaan internet, panduan perniagaan internet atau onlline selalu di cari cari oleh ramai orang. Berikut ialah serba sedikit pengalaman saya dalam perniagaan internet,

Kalau nak mula perniagaan di internet, kena faham dulu apa fungsi dan peranan medium yang canggih ini. Internet ialah alat promosi maya. Cuma bezanya dengan bisnes offline ialah cara pendekatan sahaja yang berbeza. Niaga online dan niaga di internet tiada beza yang banyak. Kedai mini market misalnya perlu bangunan, lokasi dan keperluan pekerja untuk urusan perniagaan. Manakala kedai online di jalankan secara maya, dimana tiada perlu bangunan dan lokasi perniagaan.

Kita akan bincangkan jenis perniagaan internet dan keperluan yang perlu ada dalam perniagaan melalui internet.
Jenis Jenis Perniagaan Internet

1. Menjual produk fizikal di internet


Produk fizikal ialah produk yang di jual di kedai biasa atau di kilang tetapi di pasarkan secara online. Contoh bahan perubatan, vitamin, pakaian, alat telekomunikasi, makanan, barangan wanita, buku, majalah, VCD, DVD, dan sebagainya.

2. Menjual produk digital

Contoh produk ebook, program komputer, template web dan blog, dan lain-lain, produk ini hantar melalui email. Ini adalah antara bisnes online yang banyak di buat oleh usahawan internet. Buat ebook dan jual. Buat software dan jual. jual ebook PLR antara yang pernah saya buat

3. Produk Perkhidmatan
Pengiklanan
Rekabentuk web atau blog
Jual insuran
Perundingan akitek, senitaman, jurutera profesional, alam sekitar, EIA, peguam dan lain-lain

4. Bisnes online tanpa modal


Dalam perniagaan di internet anda boleh bermula walaupun anda tiada produk nak jual, tak ada modal atau tiada kepakaran nak buat servis. Saya mula niaga di internet hanya menjual produk orang lain. Ada 2 cara yang selalu orang buat apabila kita tiada modal besar atau kita bukan pakar.

1. Jual produk fizikal atau digital melalui program agen affiliate. Sistem affiliate ialah sistem yang di bina oleh pemilik webjualan untuk melantik agen secara automatik dan agen akan mendapat web sendiri sama seperti web pemilik asal dengan kod link agen yang daftar. Agen affiliate akan dapat komisen apabila pembeli membeli melalui link ref nya. Menarik tak. Tugas anda hanya promosi sahaja.

2. Agen Dropship : Maksudnya anda promosi produk pemiliik asal, anda urus promosi, anda terima bayaran atas harga pasaran, kemudian anda bayar kepada pembekal utama harga agen. Kemudian pembekal tersebut akan poskan barang kepada pelanggan anda tadi. Dengan kaedah dropship anda tak perlu simpan stok. Anda hanya perlu ada blog free atau web sendiri untuk tujuan promosi dan display barang yang nak jual.

Keperluan Asas Jika Ingin Niaga Melalui Internet
Laman web
Blog
Akaun bank yang boleh akses cara online. Misalnya Maybank, CIMB, Bank Islam. Buka akaun yang ada perbankan internet.
Email sendiri
Pengetahuan asas promosi
Akaun facebook untuk promosi
Komputer atau laptop sendiri di rumah atau pejabat.
Semanggat kena ada
Ilmu pemasaran dan strategi pemasaran online kena belajar

Keperluan Tambahan jika ingin maju dalam bisnes online
Pemasaran email kena tahu
Autoresponder free atau berbayar kena ada
Ilmu affiliate iatu bagaimana nak promosi produk affiliate
Tahu serba sedikit buat blog dan setting blog sebagai media pemasaran
Ilmu pengiklanan, kena tahu lubang promosi, dimana ?

Anda perlu Jujur ikhlas dan memberi servis yang baik kepada pelanggan anda. Ini adalah asas penting dalam perniagaan internet. Anda perlu bina reputasi yang baik bagi mengekal pelanggan anda.

Jumaat, 4 Januari 2013

7 Tips Memajukan Perniagaan



Setiap perniagaan yang diusahakan mempunyai harapan yang tinggi, agar perniagaan itu terus maju dan berjaya serta dapat mengubah masa depan agar tidak ditindas pihak lain. Tiada sesiapa yang mengharap perniagaan yang dijalankan musnah dengan wang ringgit yang dikeluarkan. Namun, tidak semua perniagaan yang diusahakan mampu menetapkan jumlah pelanggan di dalam atau di luar negara. Tidak kira sebarang jenis perniagaan yang dijalankan samada melibatkan penjualan produk, servis, nasihat dan sebagainya. Kecekalan dan semangat yang kental sangat diperlukan bagi memastikan cita-cita yang diimpikan tercapai. Perniagaan ini bukan sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah. Kerana ia mengambil masa dan memakan tempoh yang agak panjang. Sambutan pelanggan dalam perniagaan yang dijalankan mempunyai beberapa cara untuk dicapai.

Beberapa tips ini perlu diamalkan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan menjanjikan pulangan yang lumayan dan memberangsangkan. Perkara pertama yang perlu kita amalkan adalah tips untuk mempelajari tentang keadaan kawasan yang menjadi tempat untuk memulakan perniagaan. Jika kita memulakan perniagaan yang padat dengan penduduk dan menjadi pusat pentadbiran, hasilnya akan positif. Sebaliknya jika kita membuka perniagaan di kawasan kampung yang tiada kemudahan dan sambutan ramai maka, perniagaan kita tidak akan bertahan lama.

Mengkaji tentang suasana dan kedudukan

Kita perlu mengkaji tentang latar dan faktor kedudukan tempat baru itu. Jika ia merupakan kawasan yang didiami pelajar dan pekerja, membuka kedai dobi adalah cadangan yang baik. Kerana golongan seperti ini lebih cenderung untuk menghantar pakaian yang kotor kedai dobi dari dicuci sendiri. Jangan pula di kawasan seperti itu kita mulakan dengan perniagaan besi buruk dan barang kitar semula. Selain itu, kawasan seperti ini juga sesuai dibuka perniagaan makanan dan minuman. Kerana pelajar dan pekerja sentiasa memerlukan tenaga untuk pergi belajar dan pergi bekerja. Katakan juga keinginan untuk memulakan kedai alat tulis dan perkhidmatan potostet di kawasan yang sama. Pendek kata, sesuatu kawasan itu perlu dikaji terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan. Kerana perniagaan ini bukan untuk suka-suka dan main-main, sebaliknya sesuatu yang serius dan berat.

Mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai

Tips yang seterusnya adalah mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai. Bukan sekadar seorang yang mempunyai wang untuk dilaburkan sahaja. Setidak-tidaknya minat dan hobi pada benda yang sama akan menampakkan lagi usaha yang dijalankan. Kerana manusia tidak akan jemu dan bosan melakukan sesuatu yang menjadi kegemaran mereka. Katakan Yusri dan Lisa mempunyai minat yang sama dalam bidang penerbitan dan periklanan. Jadi, mereka telah bersetuju dan melaburkan sejumlah wang untuk memulakan perniagaan ini di sebuah kawasan yang menjadi tumpuan. Kerana minta dan pendapat dalam bidang yang sama sangat tinggi, perniagaan mereka semakin maju. Kerana masing-masing memberi komitmen yang baik dalam perniagaan ini. Bukan hanya seorang sahaja yang perlu bekerja, sebaliknya kedua-dua belah pihak rakan kongsi ini. Pendek kata, perniagaan mereka maju kerana minat dan hobi dalam bidang yang sama.

Bermula secara kecil-kecilan

Tidak semua perniagaan itu perlu diusahakan secara besar-besaran yang menelan belanja sehingga jutaan ringgit. Sekadar sebagai hobi dan minat untuk memenuhi masa dan boleh dijadikan sebagai pendatan sambilan sudah memadai. Contohnya Pak Abas yang menjalankan perniagaan menjual kerepek di kampungnya. Perniagaan ini adalah perniagaan warisan daripada ayahnya dahulu. Jadi, Pak Abas membantu ayahnya yang telah tua kerana sudah tidak mampu melakukan pekerjaan berat lagi. Semakin lama, minatnya telah mendalam dalam dunia perniagaan dan dia menguruskan sepenuhnya perniagaan ini selepas kematian ayahnya. Pada awal penglibatan dalam dunia penjualan kerepek, arwah ayah Pak Abas berniaga dengan menaiki motorsikal sahaja. Selepas Pak Abas mengambil alih, dia telah membuat pinjaman dengan bank untuk mendirikan sebuah kilang pembuatan kerepak yang terletak di belakang rumahnya. Pendapatanya semakin maju tambahan pula semasa musim perayaan dan juga musim perkahwinan. Kerana Pak Abas telah mendapat pengalaman yang banyak semasa membantu arwah ayahnya dahulu. Kini, Pak Abas telah mendirikan lima buah kilang di daerah dalam negerinya.

Mengupah pekerja yang boleh dipercayai

Setelah mempunyai kedudukan yang baik dalam perniagaan yang diceburi, pasti kita ingin meluaskan perniagaan itu. Katakan perniagaan kedai pakaian lelaki dan wanita. membuka cawangan baru memerlukan lebih ramai perkerja untuk menguruskannya. Maka, kita perlu mengupah orang yang boleh dipercayai untuk memastikan perniagaan yang diusahakan selama ini tidak dirosakkan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan kita. Mungkin kita boleh mengupah jiran yang telah lama kita kenali sebelum memulakan perniagaan itu atau juga mengupah kawan-kawan yang sudah kita maklum dengan hati budi mereka. Jika tidak, perniagaan kita akan musnah berikutan ada pihak yang iri hati dengan kesenangan dan kemewahan yang kita capai. Oleh sebab itu, kita perlu menjalin perhubungan yang baik dan tidak bermusuh dengan semua orang agar kita juga selamat dan perniagaan kita terus maju.

Mempunyai strategi yang berkesan

Selain itu, untuk memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya, kita juga perlu mempunyai strategi yang berkesan. Bukan sahaja perniagaan, setiap pekerjaan yang dilakukan juga memerlukan perancangan yang sempurna. Jika tidak impian itu akan musnah di pertengahan jalan. Contohnya memulakan perniagaan dalam bidang ubat-ubatan dan farmasi. Dalam dunia yang serba canggih dan maju ini, kita sering dihantui dan dibayangi dengan pelbagai wabak penyakit yang disebabkan penyalahgunaan bahan kimia industri, wabak penyakit yang disebabkan bahan kimi berlebihan dalam bekalan makanan seperti sayur dan wabak penyakit berjangkit yang mudah disebarkan melalui migrasi manusia atau haiwan. Wabak penyakit berbahaya memang sukar untuk diubati, tetapi kita masih mempunyai peluang untuk mencegahnya. Maka, perniagaan dalam bidang ubat-ubatan dan farmasi sentiasa mendapat sambutan yang baik kerana kita tidak mampu menjangka saat kita akan ditimpa penyakit. Perniagaan ini adalah perniagaan yang mampu memberi keuntungan kepada pengusaha. Masyarakat hari ini juga semakin bijak untuk menentukan ubat yang berkesan bagi penghalang penyakit merebak.

Mendengar dan mengikuti kemahuan pelanggan

Pihak yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah perniagaan itu adalah pelanggan dan orang ramai. Maka, hasrat dan kemahuan mereka perlu diambil kira dan tidak boleh dipandang ringan. Jika tidak, pelanggan akan lari dan kita yang akan mengalami kerugian kerana gagal memenuhi kehendak mereka. Sekurang-kurangnya kehendak pelanggan memberikan kita sesuatu yang baru untuk dicuba dalam dunia perniagaan itu. Contoh yang paling rapat dengan masyarakat adalah perniagaan francais iaitu McDonalds, yang berjaya meluaskan perniagaan ke serata dunia. McDonalds di India telah menyediakan menu khas bagi penduduk India dengan menyediakan burger ayam. Mereka telah tampil dengan Chicken Maharaja Mac, kerana meraka tidak boleh memakan daging. Selain itu, di Itali pula, mereka telah menyediakan burger yang disajikan dengan daging khinzir. Di Norway pula, burger telah disajikan dengan kepingan daging ikan salmon yang menjadi kegemaran penduduknya. Manakala di Thailand, ia juga disajikan dengan memasukkan perisa tomyam yang disesuaikan dengan selera pelanggan. Tidak kurang hebat juga dengan McDonalds di Malaysia.

Bersedia untuk memulakan perniagaan yang besar

Perniagaan yang semakin maju menjadi idaman semua usahawan. Tetapi adakah kita sudah bersedia untuk memulakan perniagaan ke peringkat yang seterusnya? Kejayaan kita mampu diukur setelah kita melihat dan merasakan sambutan yang diterima ramai orang. Katakan dulu Iqbal hanya menjual laksa dengan menaiki motorsikal sahaja. Selepas 5 tahun bersusah-payah, dia telah mengumpul wang yang banyak dan membuka sebuah kedai laksa bersama adik lelakinya. Memang cita-cita Iqbal untuk membuka sebuah kedai laksa daripada resipi arwah ibunya. Dia telah bersedia dengan sepenuhnya. Dengan pembukaan kedai baru itu, Iqbal menjadi semakin bersemangat untuk bekerja dan juga untuk merubah masa depannya. Semakin hari, perniagaannya semakin maju. Kerana Iqbal sudah mempunyai pelanggan tetap selama 5 tahun sepanjang dia berniaga menaiki motorsikal roda tiga.

Secara kesimpulannya, tips ini perlu diamalkan agar perniagaan yang kita ceburi itu menampakkan hasil dengan titik peluh yang dikorbankan. Kegagalan dan jatuh bangun dalam perniagaan adalah lumrah dan kita perlu bersedia dengan semua kemungkinan yang bakal tiba. Sekali jatuh bukan bermakna kita akan jatuh selamanya. Jadikan perkara ini sebagai pembakar semangat. Pokok pangkal untuk berjaya dalam bidang perniagaan adalah minat yang mendalam, kegigihan dan juga usaha yang tidak pernah kenal penat lelah. Dalam erti kata yang mudah, setiap usaha yang kita lakukan pasti akan membuahkan hasil apabila tiba masanya nanti. Berusaha dan terus berdoa agar urusan kita dipermudahkan-Nya.

Sumber & Rujukan:http://www.usahawan.com

Rabu, 2 Januari 2013

Strategi perniagaan Abdul Rahman B Auf

Sahabat Rasulullah, Abdul Rahman B Auf adalah seorang saudagar termasyur yang dijanjikan syurga.
Abdul Rahman B Auf pernah ditanya: Apakah strategi perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?
Jawabnya:
  1. Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit
  2. Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta
  3. Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran
layari http://super-lutien.com
webcam gif maker