Sabtu, 20 November 2010

Fikir Dulu..

Salam sejahtera ,

Ramai juga yang berkata "Saya belum ada perniagaan lagi, nak buat website nak buat bisnes apa ?"

Pada peringkat awal ni semasa anda dalam proses nak belajar buat website, saya cadangkan jual barang orang lain dan ambil komisyen dahulu. Sampai sekarang saya tak pernah jual barang sendiri. Sebab jika kita jual barang sendiri, kalau tak laku dah tentu rumah kita banyak stok yang tak terjual, itu rasanya tak praktikal.

Kalau barang orang lain kita tak boleh jual itu tak menjadi masalah, kita tak perlu simpan stok.

Kalau tak ada sangat gunakan affiliate GDI untuk menajamkan skill anda dalam pembinaan website dan email kempen. Jadikan ia sebagai batu loncatan. Anda dah tak perlu keluar modal apa-apa lagi, kerana anda telah pun layak untuk mempromosikan GDI.

Jadikan GDI atau barang lain sebagai kayu pengukur. 
Jika anda masih tak boleh mempromosikan GDI atau tak dapat downline lagi atau anda masih belum dapat menjual satu barangan pun, masih tak dapat komisyen, bukan barangan itu yang tak bagus, tetapi mungkin kandungan website anda belum menangkap lagi, email kempen anda belum mencapai tahap yang diinginkan. Majukan bahagian tersebut, jangan pindah ke perniagaan lain pula, itu langkah yang silap.

Ada yang tanya saya macamana pendapatan saya tentang GVO, kerana dia nak menyertainya, saya tanya dia, dah tahu buat website tak ? Dia kata belum. Saya tanya dah ada email kempen sendiri ke belum ? Dia kata belum, saya jawab jangan buang duit menyertai GDI ke, GVO ke, vemma ke, uptrend ke,CNI ke, jangan buang duit lagi.

Kalau dah tahu langkah-langkah tersebut, masuklah bisnes apa pun, memang boleh berjaya..... 


Terima Kasih

Tiada ulasan:

webcam gif maker