Jumaat, 8 Oktober 2010

PERCUMA

Hari ni saya nak kongsi teori PERCUMA dengan anda. Cuba tanya diri sendiri,suka tak dengan benda percuma? Pasti jawapanya ya!
Oleh itu jika anda ingin memulakan apa-apa perniagaan, cuba gunakan teori percuma ini. Contohnya, ada seorang kawan saya yang menyediakan perkhidmatan web hosting. Dalam mempromosikan perkhidmatanya, dia mengajar bakal pelanggan membuat website secara PERCUMA dan dalam megnajar 'muridnya' dia mengesyorkan webhostingnya kepada 'muridnya'.
Lain pula ceritanya tentang seorang Doktor di Selangor, dia menyediakan khidmat nasihat perubatan kepada peskit-pesakitnya melalui telifon dan e-mail. Hasilnya semua yang pernah mendapatkan nasihat dari beliau pergi mendapatkan rawatan di kliniknya jika terdapat masalah kesihatan, pendapatan kliniknya meningkat!
Kisah-kisah ini hanya sebahagian kecil yang dapat saya kongsikan, sebenarnya ramai lagi yang berjaya meningkatkan pendapatan melalui teori ini. Tunggu apa lagi, cubalah!

Tiada ulasan:

webcam gif maker