Pertama, emas mempunyai nilai tinggi di sisi masyarakat kerana warna kuning nya yang cantik dan sifatnya yang lembut dan mudah dibentuk. Selain itu, emas adalah satu-satunya logam yang dianggap kekayaan terulung disebabkan sifatnya yang tidak boleh dibinasakan. Ia tidak boleh dibakar, reput, busuk dan berkarat. Di sinilah emas dikategorikan sebagai penyimpan kekayaan terulung dunia. Sesuatu yang boleh dibinasakan seperti manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan bukanlah penyimpan yang baik. Wang kertas pula boleh dimanipulasikan oleh kerajaan dengan sewenang-wenangnya. Contohnya, Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang telah bertindak mencetak wang yang terlalu banyak dan tidak seiring dengan perkembangan di dalam pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan, mengakibatkan negara tersebut mengalami hyperinflation. Kadar inflasi di negara malang tersebut menjangkau sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%! Tetapi emas, penyimpannya akan kekal kaya selaman-lamanya.
Kedua, emas mengekalkan kuasa belinya dalam jangka masa yang panjang. Baiklah, sedikit cerita pada zaman Rasulullah SAW. Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:
“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu. ”Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”
Dengan kata lain harga semasa seekor kambing pada zaman Rasulullah ialah 1 dinar. Agak-agaknya berapa harga kambing pada tahun 2012? 1 dinar! Tidak percaya? Baiklah, mengikut harga emas pada masa artikel ini ditulis, harga 1 dinar emas adalah dalam RM719. Bukankah ia adalah harga jualan kambing yang ideal? Sekiranya anda terlebih rajin, kunjungilah pembekal daging kambing di Dengkil, ada beberapa di sana dan anda akan dapati bahawa mereka menggunakan dinar emas sebagai medium jual beli kambing. Itulah kehebatan emas.
Ketiga, Salah satu daripada sebab kenapa anda perlu memiliki emas ialah dengan melihat kepada tren peningkatan harga emas yang semakin menjadi-jadi sejak 10 tahun kebelakangan ini. Berdasarkan graf di bawah; harga emas telah meningkat daripada 271.50 USD/Oz kepada USD1900.30/Oz. Ini merupakan kenaikan 600% (bersamaan purata 60% setahun!). Untuk pengetahuan semua, emas adalah komoditi yang didagangkan di pasaran dunia. Harga semasa dan rekod harga emas yang lepas emas boleh dilihat di www.kitco.com dengan pantas.
Keempat, emas mudah ditukarkan kepada tunai. Dengan kata lain emas merupakan aset yang sangat cair. Dengan memiliki emas, anda boleh menukarkannya kepada tunai di kedai pajak gadai Islam Ar-Rahnu. Institusi Ar-Rahnu boleh memberikan pinjaman antara 65% sehingga 70% daripada nilai emas anda. Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa. Untung, bukan?
Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam, pembelian emas dalam negeri dapat membantu aliran mata wang di dalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes, merupakan aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga serta banyak lagi kehebatan melabur dalam emas. Cukup sampai di situ, kita beralih cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia.
Secara am, terdapat dua cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu pelaburan secara emas fizikal dan pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas Pelaburan emas secara fizikal pula dibahagikan kepada tiga iaitu syiling emas, jongkong emas dan barang kemas. Syiling dan jongkong emas adalah pelaburan emas yang baik tetapi bukan barang kemas kerana terdapat kos upah untuk membuat barang kemas tersebut dan apabila ia ingin dijual kembali, ia akan dikenakan susut nilai antara 25% sehingga 40%. Di Malaysia, disenaraikan institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan antaranya:
Maybank: syiling Kijang Emas
UOB Bank: syiling emas dan jongkong emas
Public Gold Marketing Sdn. Bhd: syiling emas dan jongkong emas
Public Dinar: dinar emas
Dinar Emas Kelantan: dinar emas Kelantan
Kedai emas: Poh Kong, Habib Jewel, Tomei dan banyak lagi.
Bagi pelaburan emas menggunakan buku akaun simpanan emas pula, biasanya ia ditawarkan oleh institusi perbankan. Pelabur akan membeli emas mengikut harga emas semasa dan kuantiti emas yang dibeli akan direkodkan di dalam buku akaun. Ada bank yang menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal dan ada juga yang tidak, antaranya ialah:

Kuwait Finance House Malaysia Gold Account-i: satu-satunya pelaburan emas yang patuh Syariah, menawarkan emas fizikal kepada pelabur, serta menawarkan pengeluaran emas fizikal dengan serta-merta setelah membuat pembelian ataupun menyimpan emas tersebut ke Kuwait Finance House.
Maybank gold Investment Account (GIA): Pelabur tidak mendapat emas fizikal sewaktu membeli emas MGIA sebaliknya jumlah pembelian emas akan dicatatkan dalam buku. Maybank juga tidak menawarkan kemudahan pengeluaran emas fizikal.
Akaun Deposit Emas CIMB Bank: Pelabur tidak mendapat emas fizikal sebaliknya nilai emas yang dibeli akan dicatatkan di dalam buku akaun deposit emas anda. Walau bagaimanapun CIMB menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal kepada pelabur akaun deposit emas mereka.
Akaun Pelaburan Emas UOB Bank. Terdapat 2 jenis akaun pelaburan emas yang ditawarkan iaitu Akaun Simpanan Emas dan Akaun Emas Premier. Akaun Simpanan Emas ini adalah bagi mereka yang ingin membuat pelaburan kecil manakala Akaun Emas Premier dikhususkan kepada mereka yang mempunyai lebih banyak wang.
Al Rajhi Bank Gold-i: Emas yang ditawarkan adalah emas PAMP Suisse. Al Rajhi gold-i cuma ditawarkan kepada pelanggan yang banyak duit (mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 di dalam akaun Al Rajhi) sahaja.
Adakah anda sudah yakin untuk melabur dalam emas? Tunggu dulu, ada beberapa perkara yang perlu diketahui apabila berbicara tentang emas. Pertama ialah spread yakni perbezaan antara harga belian dan jualan (dalam %) atau dalam perkataan yang lebih mudah ialah susut nilai emas. Anda akan untung cepat jika membeli emas yang berharga lebih mahal tetapi mempunyaispread yang kecil berbanding daripada membeli emas pada harga yang murah tetapi mempunyai spread yang lebih besar. Kedua ialah ketulenan emas. Kebanyakan emas pelaburan di Malaysia mempunyai ketulenan 999.9. Ini kerana emas 999.9 adalah emas yang tulen mutunya. Bagi barang kemas pula, gred emas yang biasa digunakan ialah emas 916 kerana ia keras dan tahan lasak.
Walau bagaimanapun, hari ini terdapat satu pragram pelaburan emas dimana dengan sekali pelaburan. Setiap bulan anda akan mendapat sekurang-kurangnya 1g emas. Dengan pulangan berterusan begini, stok simpanan emas anda akan bertambah setiap bulan! Pelaburan emas ECMC menawarkan pulangan tetap sekurang-kurangnya 1g emas dengan hanya sekali modal. Ini adalah satu bentuk pelaburan emas yang paling bijak. Pelaburan anda bertambah setiap bulan berbanding membeli emas di bank-bank atau emas Public Gold dimana anda hanya mendapat keuntungan apabila berlaku kenaikan harga emas. Sekiranya tidak, perlu membayar upah simpan pula kepada bank-bank terbabit.
Rajah: Contoh 1g emas yang bakal diperoleh setiap bulan bersama ECMC
Yang terakhir ialah zakat emas.
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
(At- Taubah; ayat 34-35)
Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu zakat emas yang disimpan dan emas yang dipakai dan zakat emas yang dipakai. Untuk zakat emas yang disimpan, sekiranya emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram dan tidak pernah dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun, maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%. Untuk zakat emas yang dipakai, ia tidak diwajibkan zakat tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja tidak termasuk batu permata.
Selamat melabur emas!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan