Pelaburan emas bersama ECMC adalah merupakan suatu pelaburan yang menguntungkan semua pihak iaitu pihak syarikat ECMC dan juga para pelabur bebas di seluruh dunia.
Ramai yang merasa ragu-ragu dengan sistem perniagaan emas online ini.
Sebenarnya syarikat ECMC ni, selain dari membuat pelaburan dengan aktiviti-aktiviti perlombongan di serata dunia. Mereka juga ada menjalankan trading di platform secara online yang sangat menguntungkan sekiranya mempunyai dana yang besar.
Daripada keuntungan-keuntungan inilah yang akan dikongsikan kembali dengan para-para pelabur berdaftar dengan ECMC.
Ada juga yg mempertikaikan tentang lesen pendaftaran dengan BNM, SC, ROC dan sebagainya.
Untuk makluman pembaca, pendaftaran dengan badan-badan tersebut hanyalah dikhususkan kepada syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia sahaja. Bagi syarikat yang beroperasi secara online/global, mereka boleh mendaftar di mana-mana negara. Seperti ECMC sendiri ianya didaftarkan di UK.
Apakah kelebihannya jika berdaftar dgn BNM, SC dan ROC Malaysia ? Yang pasti kelebihannya ialah bagi pihak kerajaan kerana dapat kutip cukai perniagaan.
Untuk renungan kita bersama, ramai rakyat Malaysia yang melabur di BSKL semuanya dengan syarikat berdaftar. Tapi bila kegawatan ekonomi 1997 dulu, ramai orang hilang wang pelaburan mereka disebabkan kejatuhan harga saham dan ada yang terus bankrupsi. Kerana mereka melabur dengan syarikat berdaftar dan berlesen dgn SC, adakah badan-badan ini menanggung gantirugi? Sudah tentu tidak, malahan ada kenalan saya yang masih miskin sampai ke hari ini kerana kerugian lebih RM1 juta dalam pelaburan sahamnya dengan Bursa Malaysia.
Jadi, tepuk dada tanyalah selera, kadang-kadang bila nak buat sesuatu kita berkira macam-macam sedangkan orang lain yang ambil dan merebut peluang sudah mendapat untung yang lumayan setiap hari.
Sebagai seorang yang ingin berjaya, kita seharusnyalah berani untuk merebut peluang. Buatlah sesuatu yang orang biasa tidak mahu buat, kerana itulah bezanya orang biasa dengan orang yang luar biasa !! Orang biasa hanya akan menyertai setelah semua orang menyertainya, hehe.. itu dah sampai ke tahap tepu namanya !!
Orang berjaya biasanya juga berani mengambil risiko, iaitu mereka selalunya akan mati dalam perjuangan !! Tetapi orang-orang biasa tidak sanggup mengambil risiko dan selalunya mati di atas tilam empuk !
Semoga ianya boleh membantu kita utk buat perkiraan dalam membantu diri dan keluarga untuk menambahkan pendapatan.
Untuk Maklumat lebih lanjut poleh email ke amirasyura@gmail.com atau
hubungi terus di talian 019-4489203.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan