Sabtu, 24 Mac 2012

Kata-kata Mutiara

Untuk kaya dan berjaya kita perlu sentiasa berfikiran positif dan sentiasa bermotivasi. Disini saya kongsikan beberapa kata-kata mutiara yang boleh membakar semangat untuk terus berjuang.

-Hanya manusia satu-satunya ciptaan Tuhan yang boleh merubah nasibnya sendiri.

-Tuhan mencipta tetapi Dia memberi manusia kuasa untuk membentuk kehidupan dan kejayaan.

-Pelajaran psikologi yang berguna : Kita boleh merubah nasib dengan merubah cara pemikiran kita.

-Berjuta orang telah dapat merubah diri dari lemah menjadi cekal, penakut menjadi berani,
malas kepada rajin, berdosa kepada berbakti, tidak berguna kepada srikandi dan dari MISKIN menjadi
KAYA.

-Jangan selalu menunggu sehingga ada mood @ semangat untuk memulakan sesuatu perkara. Kita perlu
menentukan mood kita sendiri. Bagaimana ? Dengan terus melakukannya walaupun apa jua. Ilham jarang
mengerahkan tindakan tetapi tindakan sentiasa memberi ilham.

-Mengkritik apa yang ada di sekeliling kita adalah salah satu tindakan yang bodoh jika kita lakukan.

-Sekarang adalah masa terbaik untuk berbuat sesuatu. Jika anda menunggu masa terbaik untuk melakukannya, anda akan kecewa. Semua keputusan yang hebat dan bersejarah itu dibuat tanpa maklumat menyeluruh. Ini kerana sejarah dicipta tanpa menunggu inspirasi. Peringatan bahawa masa yang terbaik adalah SEKARANG

-Pelajaran sarjana yang terpenting sekali ialah BKS (Buat Kerja Sekarang) telah menjadikan seseorang biasa menjadi luar biasa lebih daripada sekeping kertas Ijazah. Sikap semulajadi MK (Menangguh Kerja) telah menyebabkan seseorang mendapat segala jenis penyakit seperti bodoh, kekurangan peluang dan kekurangan wang.

-Apabila bertemu orang baru, pastikan anda meninggalkannya sebagai seorang kawan @ sahabat.

-Sesuatu senyuman bermula dari senyuman terdahulunya. Jadilah yang pertama tersenyum.

-Meninggi suara merendahkan kuasa. Orang yang berlagak saja yang pandai berkata-kata. Orang yang bijak sentiasa mendengar dahulu.

-Mengkritik itu sendiri adalah satu kesalahan yang lebih besar dari apa yang dikritik. Kerana adalah amat mudah untuk mengkritik dari membetulkannya.

-Apabila anda memuji seseorang itu, sesungguhnya itulah yang lebih menguntungkan diri anda sendiri.

-Untuk menolong orang, jangan hanya berkongsi kekayaan. Tetapi tolonglah mereka berusaha ke arah kekayaan mereka sendiri.

-Seseorang itu tidak akan lebih kaya tanpa sahabat. Sentiasa mencari sahabat baru tetapi jangan sekali lupa yang lama. Baru itu seperti perak dan lama itu seperti emas.

-Apabila kita disalahkan, anggaplah ianya dugaan yang kecil, jangan diperbesarkan dengan mengingatinya selama-lamanya.

-Sentiasalah berbuat sesuatu di luar dugaan anda kerana:-
anda tidak akan tahu sama ada dapat melakukannya tanpa mencuba dahulu;
pembangunan diri hanya datang apabila kita membuat sesuatu @ di mana kita berusaha membuat sesuatu yang susah @ baru.

-Kita akan lebih berjaya jika kita berjaya melawani kemalasan dan kelemahan. Jika lebih suka kesenangan dan kemudahan, lupakan saja kekayaan.

-Setiap orang lahir untuk meraih kejayaan, ianya hanya menanti untuk dibimbing dan dibangunkan.

-Jika anda serius untuk berjaya, anda perlu ada matlamat hidup sebagai cinta pertama anda dan cinta kedua ialah menguasai diri.

-Orang yang mempunyai ilmu yang penuh ialah yang sentiasa mempelajarinya sendiri.

-Manusia jarang sekali memperbaiki diri sehinggalah mereka mempunyai contoh yang lebih baik dari mereka. Pilihlah yang bersesuaian.

-Kita hidup hanya sekali. Tetapi jika kita hidup dengan sebaik-baiknya, sekali telah lebih dari memadai.

-Jika anda mahu kegembiraan sehari, adakan parti; untuk seminggu, pergi melancong; untuk setahun, bina taman; untuk selamanya, cari matlamat yang berharga.

-Perbezaan seorang lelaki dewasa dan budak lelaki ialah lelaki dewasa menuju matlamat, budak lelaki hanyut tanpa haluan.

-Menukar pemikiran anda dan tingkah laku memerlukan usaha. Tetapi sesuatu yang tidak memerlukan usaha, tidak berharga untuk dimiliki.

-Anda adalah seorang yang hebat jika anda menjadikan dunia lebih baik daripada ketika anda pertama kali mengenalinya.

-Kita tidak boleh memilih saudara, tetapi kita boleh memilih pemikiran kita yang lebih menguntungkan kita.

-Semua kemahiran adalah sukar sebelum mereka senang. Untuk mahir dalam sesuatu kita perlu menjadi hambanya terlebih dahulu.

-Hari yang gelap di dalam hidup kita adalah bila kita merancang untuk mendapatkan wang dengan tidak perlu berusaha.

-Jika anda bekerja mencari kekayaan pada sebahagian pertama hidup anda, kekayaan anda akan bekerja untuk sebahagian terakhir kehidupan anda.

-Meyakini bahawa sesuatu itu boleh dilakukan akan mendorong minda mencari jalan untuk melakukannya.

-Sekali hasil tanaman yang tidak menjadi, lebih banyak mengajar kita berbanding apa yang dapat dipelajari daripada sebuah buku pertania

-Tiada siapa yang pernah gagal, mereka hanya berhenti mencuba. Ramai orang yang hebat sentiasa mencuba tetapi gagal hinggakan mereka mengambil keputusan untuk mengaku kalah. Namun, mereka mencuba sekali lagi dan akhirnya menang.

-Masa depan banyak ditentukan oleh masa lapang kita. Adakah anda melabur @ membazir masa lapang anda ?

-Setiap orang mempunyai otak seberat 3 paun dan masa sebanyak 1440 minit sehari. Cara kita menggunakannya menentukan masa depan kita. Sesetengah orang menetapkan matlamat dan merancangkan hidup dan akhirnya berjaya.

-Undang-undang alam : Tiada peluang tanpa kepayahan; tiada kejayaan tanpa kesakitan; tiada kemahiran tanpa latihan.

-Kajayaan atau kegagalan kita bergantung kepada kerja kita. Untuk berada di kemuncak jadilah yang terbaik di bawah terlebih dahulu.

-Kejayaan bermula dengan impian dan fikiran; tetapi itu hanya langkah pertama. Menulisnya adalah langkah yang kedua. Melakukan sesuatu untuk merealisasikannya merupakan langkah yang ketiga.

-Paksa diri anda membuat kerja yang anda geruni dan perasaan takut itu pasti akan menjelma. Tempuhi dengan gagah dan perasaan tersebut pasti akan hilang. Mereka yang berjuang bersama-sama kita akan menguatkan semangat kita.

-Beberapa kata-kata hikmat yang selalu diingat untuk menaikkan semangat lebih banyak membantu daripada mendapat Ijazah di Universiti.

-Perasaan cinta terhadap kekayaan yang cepat telah menukar orang yang kaya kepada papa kedana.

-Kita akan berkembang maju jika mencuba tugas yang lebih sukar daripada apa yang biasa kita lakukan. Tugas rutin adalah sesuatu yang perlu, tetapi ia tidak memajukan kita.

-Jika menunggu sehingga mempunyai cukup waktu untuk memulakan projek yang besar, anda tidak akan bermula. Orang yang berjaya akan mencuri masa 5 dan 10 minit antara tugas harian mereka.

-Setiap hari di dunia ini, kepercayaan yang kuat dapat mengubah sesuatu yang mustahil menjadi kenyataan.

-Jangan mengelak kesukaran kerana ia mengajar kita lebih daripada tugas yang mudah. Hanya sedikit yang dapat dipelajari daripada kerja yang dianggap mudah.

-Tuhanpun tidak menghakimi manusia yang belum tamat riwayatnya. Kenapa harus kita ?

-Untuk berjaya pada usia muda, pilihlah cara yang terpantas. Pelajarilah segala yang mungkin daripada orang lain. Mustahil bagi kita untuk mempelajari segala-galanya dengan cepat hanya daripada pengalaman sendiri untuk mencapai kejayaan ketika muda.

-Walaupun berada pada jalan yang betul, anda harus sentiasa berlari untuk berjaya.

-Jika seorang nelayan yang cekap berkerjasama dengan seorang yang mahir tentang bot, mereka pasti dapat 2 kali ganda lebih banyak ikan daripada bekerja bersendirian. Fikirlah.. bagaimana anda dapat memanfaatkan idea ini ?

-Untuk berjaya dan kaya, kita tidak perlu tahu segala-galanya tetapi memadai jika kita tahu cara-cara untuk berjaya dan kaya.

-Pokok yang besar itu semuanya bermula dari benih yang kecil dan halus sahaja.

-Untuk menikmati hasil dalam setahun, tanamlah jagung; untuk menikmati hasil dalam sepuluh tahun, tanamlah pohon dan untuk menikmati hasil dalam seratus tahun maka tanamlah manusia.

-Hidup ini hanya sekali sahaja Jika manusia adalah ketua (khalifah), mengapakah kita tidak mahu menikmati segala-galanya mengikut lunas-linas yang betul ?

-Otak manusia adalah khazanah paling berharga harta yang dapat dikumpulkan sepanjang hayat seseorang itu, maka itulah nilai harga otaknya !



Sesungguhnya kata-kata mutiara di atas hanya memberi impak pada golongan yang berfikir. 

Tiada ulasan:

webcam gif maker