Rabu, 13 Ogos 2014

Katakan Ya kepada Wang

Ramai orang rasa tercabar untuk berkata "ya" apabila seseorang menawarkan diri bagi membayar makan tengah hari mereka, membelikan mereka hadiah ataupun mahu memberikan mereka wang. Ramai orang apabila ditawarkan bagi dibelanja makan tengah hari memberi respons dengan berkata "Takpa lah..," ataupun "Takpa saya boleh bayar sendiri," adakah ia seperti anda atau seseorang yang anda kenal?
Dalam semua jawapan ini kita dapat lihat dengan jelas mereka monolak untuk menerima wang. Cuba belajar berkata, "Terima kasih, saya hargainya," dan anda akan mula berasa baik mengenainya.
Pada mulanya anda mukin berasa kurang selesa, tetapi apabila anda terus mengatakan "ya", ia akan menjadi lebih mudah dan anda berasa penolakan anda semakin berkurang. Ini hanya contoh, hal ini memberi ruang kepada anda mendapat lebih banyak wang. Mulakan berkata ya kepada wang hari ini!

Isnin, 11 Ogos 2014

Impian Saya

Saya dalam proses menarik semua perkara yang saya perlu buat, ataupun perlu ada bagi mendapatkan kewangan ideal saya.
Saya suka mengetahui yang keadaan kewangan saya membenarkan saya memiliki dan menikmati semua perkara dan benda yang saya perlukan dan saya imlikan bagi memberi lebih rasa gembira dan bebas kepada hidup saya.
Makmur adalah perasaan dan saya suka makmur berada di sekeliling saya. Saya suka mengetahui segala bil saya dibayar dengan perasaan gembira, kerana saya tahu bil-bil yang saya perlu bayar adalah pertukaran dan wang adalah benda yang digunakan bagi menjelaskan pertukaran itu.
Saya amat teruja memikirkan wang yang tetap sedang mengalir kepada saya dari sumber yang diketahui dan tak diketahui.
Saya suka mengetahui keadaan kewangan ideal saya memberi saya rasa selesa dan sedar yang saya dapat melancong atau pergi ke mana sahaja yang saya mahu, membeli-belah di mana sahaja yang saya mahu dan memiliki apa sahaja. Ia membuatkan saya rasa hebat.
Saya suka memikirkan bagi menyimpan wang yang banyak dalam pelabyran-pelaburan yang menguntungkan.
Hukum tarikan sedang bertindak membuka jalan dan menyusun segala yang perlu bagi menjadikan impian saya terlaksana.
-Law of Attraction(Michael J.Losier)

Rabu, 25 September 2013

4 Platform memulakan perniagaan online

Terdapat barbagai cara untuk menjana pendapatan secara online. terpulang kepada kita untuk memilih, anda hanya perlu berfikir untuk memilih salah satu yang paling sesuai dengan kemampuan dan kebolehan anda.

Setiap orang boleh memulakan perniagaan online sendiri di rumah menggunakan salah satu daripada 4 cara berikut.

1. Program Affiliate – Ini adalah cara percuma dan mudah untuk memulakan perniagaan online di rumah. Ramai orang memilih untuk memulakan cara ini kerana anda akan diberikan hampir semua yang anda perlukan untuk memulakan. Satu yang menarik adalah ianya tidak memerlukan modal, hanya perlu belajar bagaimana untuk mengiklan perniagaan anda di internet.



2. Jual di eBay – Ramai orang yang telah berjaya melakukannya. Ianya adalah satu cara perniagaan online yang mudah untuk dimulakan.

Anda hanya perlu untuk mencari produk yang hendak dijual, kemudian buat lelongan diebay. Pelajari cara dan kaedah untuk membuat jualan di eBay kerana ianya memerlukan bebrapa teknik dan rahsia yang akan membolehkan anda menjana pendapatan secara online. Anda tidak akan mengetahuinya rahsia dan kaedah untuk menjual jika anda tidak meluangkan masa untuk belajar.

3. Pereka Website – Tahukah anda bagaimana membina website yang berkualiti? Jika jawapan anda ya, maka anda mempunyai potensi untuk memulakan perniagaan online anda sendiri.

Ramai orang yang memerlukan website mereka sendiri untuk memulakan perniagaan online tetapi tidak mempunyai masa atau tidak mahu belajar bagaimana untuk melakukannya sendiri. Jadi mereka bersedia untuk mencari orang yang mahir untuk membina website.

4. Freelance – Melakukan kerja untuk orang lain dengan kebolehan dan kemahiran yang dimiliki seperti menjadi penulis sambilan, menjadi perunding bebas untuk syarikat dan orang perseorangan yang memerlukan khidmat untuk rekacipta logo dan sebaginya.

Ianya hanya beberapa cara untuk menjana pendapatan secara online yang anda boleh lakukan untuk membantu anda memulakan perniagaan online dirumah yang boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa. Terpulang kepada anda kerana semua keperluan diatas telah sedia untuk dipilih. Apa yang diperlukan ialah sanggup untuk belajar dan memiliki komitmen dan kesungguhan untuk melakukannya mengikut kemampuan dan kebolehan diri sendiri.

Tips Perniagaan Online

Tips Domain

Ejaan tidak jelas

• Kek / Cake,
• Boutique / Butik
• to you / 2u
• Shoppe / Shop
• women / woman
Perlu dieja setiap kali beritahu secara lisan
____________________________________________
Tidak deskriptif

• malaysiabeststore
• myshop4u
• cheapcollections
• modamoda
Pelanggan tak tahu produk apa yang dijual.
____________________________________________

Gunakan domain yang unik dan mudah diingati

• KurmaAluna.com
Super-lutien.com
Dinardagang.my
Gemilangtravel.com.my
Dndaaviamarine.com
____________________________________________

Tips Design - Header kemas & menarik

• Maklumat ringkas
• Gambar menarik


Tips Produk – Info Lengkap
• Harga
• Jenama
• Warna
• Berat
• Saiz
• Tinggi, Panjang, Lebar
• Kuantiti
• Kelebihan / Kekurangan
• Isi Kandungan
• Khasiat
• Status Halal
• Negara Pengeluar
• Tarikh Luput
• Cara menggunakan
• Cara menyimpan
• Kesesuaian Produk
• Jaminan
___________________________________________________

Tips Gambar - Sudut

1. Ambil gambar berlainan dari sudut berbeza
2. Susunkan produk dengan cara susunan kreatif
3. Jika ada, ambil gambar barang-barang sampingan
4. Gunakan dinding, kertas mahjong, cadar putih.
___________________________________________________
Tips Bayaran – Cara Bayar
1. Bank Transfer - CIMB, Maybank2u, Public Bank
2. Cheque/Money order
3. Cash On Delivery
4. Online payment - PayPal, iPay88
___________________________________________________
Tips Bayaran – Sekuriti

• Pos barang hanya selepas wang diterima
• Pos barangan mahal, gunakan insurans
___________________________________________________

Tips Promosi – Percuma

• Iklan Percuma - forum, direktori, Facebook, dsb
• Promosi Percuma - email marketing
• Enjin Carian (Google, Yahoo) - kata kunci Melayu & Inggeris
_____________________________________________________

Cara Mulakan Bisnes Online?

• Mula dengan Katalog Online – pembayaran online ditambah kemudian
•Guna medium Percuma – blog, Facebook, Lot.my, eBay, dsb
•Dapatkan ilmu Pemasaran Online

Sabtu, 13 Julai 2013

Manfaat Internet dalam Dunia Perniagaan

Manfaat internet dalam dunia perniagaan  – Memangnya apa ya manfaat internet? Manfaat internet dalam dunia perniagaan itu sangat banyak jika kita pelajari. Internet adalah jaringan komputer yang saling terhubung dari seluruh dunia, dimana di dalamnya mengandungi berbagai informasi yang boleh kita akses. Kalau internet boleh diakses seluruh dunia, ini bererti pasaran yang luas untuk Anda dalam melakukan marketing. Manfaat internet dalam dunia perniagaan memang sangat luar biasa.

Manfaat internet dalam dunia usaha memang sungguh besar. Kehadiran dan perkembangan internet telah memberikan banyak manfaat di pelbagai bidang kehidupan manusia. Arus informasi dan ilmu pengetahuan yang bebas diakses, membuat banyaknya daerah yang buta akan informasi perlahan-lahan menjadi mengerti.

1. Menciptakan asas bagi klien atau pelanggan
Untuk mendapatkan klien atau pelanggan baru dan menciptakan asas klien tidak selalu dapat diperoleh dengan mudah. Internet merupakan salah satu alternatif wadah yang tepat untuk dijadikan sebagai tempat untuk asas pertemuan jutaan orang di seluruh dunia. Dengan demikian untuk mendapatkan pelanggan baru lebih mudah dengan adanya kelompok yang besar di internet tersebut.

2. Analisa produk dan pasaran
Internet dapat dijadikan tempat yang baik untuk melakukan kajian pemasaran karena pengeluar atau perniaga dapat berhadapan secara langsung dengan pelanggan. Analisa pasaran akan membantu perniagaan untuk mendapatkan idea dalam pengembangan produk baru yang sesuai dengan keinginan dan keperluan pelanggan.

3. Nasihat dan bantuan pakar di bidangnya
Banyak pakar yang ada di internet yang menerbitkan karyanya untuk diketahui umum. Sering pula kita memperoleh nasihat dan bantuan secara percuma dari para pakarnya tentang masalah yang kita hadapi. Jika kita membandingkannya dengan mendapatkan nasihat dari jururunding, maka kita harus membayar dengan harga yang sangat mahal.

4. Pengambilan tenaga kerja dan penyedian peluang kerja
Sekarang ini pengambilan tenaga kerja melalui internet semakin digemari oleh perusahaan-perusahaan. Di internet terdapat banyak sekali daftar peluang pekerkerja dan bahkan juga pemohon pun sering pula mempromosikan dirinya melalui internet. Sehingga dengan begitu antara yang memerlukan tenaga kerja dan pencari pekerjaan dapat saling bertemu di internet.

5. Akses informasi dan penyebaran informasi
Menerbitkan berita melalui internet dapat tersebar luas melebihi media lainnya. Dalam hal akses informasi, melalui internet pun jauh lebih cepat jika dibandingkan dengan menggunakan fax atau pos. Kita semua dapat mengakses informasi dan menyebarkan informasi dari penjuru dunia ke penjuru dunia yang lain. Juga dapat membuat hubungan secara interaktif dan langsung melalui komputer. Perhubungan secara interaktif tersebut akan menarik dengan adanya penggunaan chat dan video conferencing.

6. Komunikasi yang cepat dan pengiriman dokumen dengan kos yang murah
Berbagai fasiliti yang ada di internet telah banyak membuktikan mampu mempercepat komunikasi dengan orang yang dituju. E-mail adalah salah satu contoh yang telah banyak dimanfaatkan oleh banyak orang untuk mengirim dan menerima dokumen. Chat atau video conferencing juga mempercepat komunikasi yang dilakukan di internet. Internet dapat juga digunakan untuk memindah dokumen secara online dalam waktu yang singkat.

7. Peluang perniagaan baru
Banyak yang memanfaatkan internet untuk mencari idea inovatif. Pengguna internet sering memperoleh idea baru tidak hanya disebabkan oleh penelitiannya, tetapi juga adanya suasana perniagaan di antara pengguna internet. Internet sering juga dijadikan forum komunikasi antara para ahli di bidangnya masing-masing.

Sekarang sudah tahu manfaat internet dalam dunia perniagaan kan? Sangat menarik memang kalau kita punya blog atau website sendiri untuk marketing di internet. Kita boleh curahkan ciptaan marketing kita di dalam website.
p/s:Jika artikel tentang manfaat internet dalam dunia perniagaan ini sangat bermanfaat, silahkan di share ya? Terima kasih, selamat berjaya untuk anda.
http://bizsolution4u.com/

Sabtu, 22 Jun 2013

Potensi Perniagaan Di Malaysia

Cuba anda lihat statistik-statistik menarik berkaitan Malaysia di bawah ini.

  • 28.3 Juta Penduduk 
  • Pertambahan Penduduk 650,000 setahun 
  • Pendapatan Per Kapita RM28,000 setahun 
  • 24.7 juta pelancong asing setahun pada 2012 
  • RM164 juta sehari di belanjakan oleh pelancong asing 
  • 2 juta pekerja asing 
  • pendatang tanpa izin ??? (anggaran 1 juta orang) 
TIDAK TERUJAKAH ANDA ??? Masih belum nampak apa perniagaan yang sesuai ? Belum nampak peluang perniagaan? Masih belum memulakan sesuatu perniagaan ??
Itu belum statistik luar negara.
Kalaulah dari pelancong asing saya boleh buat duit RM1 seorang, saya sudah jadi jutawan! Itu belum USD1


BANGUN!!!!!!!!


APA IDEA ATAU POTENSI PERNIAGAAN ANDA BOLEH LAKUKAN DENGAN STATISTIK DIATAS?

p/s: mulakan perniagaan anda secara kecil-kecilan di internet. Ketahuinya di http://bizsolution4u.com
webcam gif maker