Memaparkan catatan dengan label law of attraction. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label law of attraction. Papar semua catatan

Khamis, 14 Ogos 2014

Pegang Wang Lebih Lama

Adakah kita mahu meningkatkan getaran apabila menerima lebih banyak wang? Simpan dan pegang dulu cek yang anda twrima lebih lama.
Daripada anda terus menunaikan cek itu pada hari yang sama anda mendapatnya, kita sepatutnya memegang cek itu lebih lama supaya lebih banyak nilai getaran dapat dijana apabila kita memerhatikanya selama sehari atau lebih. Setiap kali kita memerhatikan cek itu, kita dikejutkan dengan rasa seronok yang seterusnya serahkan sahaja pada 'law of atraction'.
Ingat, setiap kali kita berasa seronok, kita sedang memasukan getaran itu kedalam gelung getaran kita. Apabila ada sesuatu yang membuatkan kita teruja mengenai wang, lakukannya berulang kali. "Law of atraction" sentiasa memberi respon.

Rabu, 13 Ogos 2014

Katakan Ya kepada Wang

Ramai orang rasa tercabar untuk berkata "ya" apabila seseorang menawarkan diri bagi membayar makan tengah hari mereka, membelikan mereka hadiah ataupun mahu memberikan mereka wang. Ramai orang apabila ditawarkan bagi dibelanja makan tengah hari memberi respons dengan berkata "Takpa lah..," ataupun "Takpa saya boleh bayar sendiri," adakah ia seperti anda atau seseorang yang anda kenal?
Dalam semua jawapan ini kita dapat lihat dengan jelas mereka monolak untuk menerima wang. Cuba belajar berkata, "Terima kasih, saya hargainya," dan anda akan mula berasa baik mengenainya.
Pada mulanya anda mukin berasa kurang selesa, tetapi apabila anda terus mengatakan "ya", ia akan menjadi lebih mudah dan anda berasa penolakan anda semakin berkurang. Ini hanya contoh, hal ini memberi ruang kepada anda mendapat lebih banyak wang. Mulakan berkata ya kepada wang hari ini!

Isnin, 11 Ogos 2014

Impian Saya

Saya dalam proses menarik semua perkara yang saya perlu buat, ataupun perlu ada bagi mendapatkan kewangan ideal saya.
Saya suka mengetahui yang keadaan kewangan saya membenarkan saya memiliki dan menikmati semua perkara dan benda yang saya perlukan dan saya imlikan bagi memberi lebih rasa gembira dan bebas kepada hidup saya.
Makmur adalah perasaan dan saya suka makmur berada di sekeliling saya. Saya suka mengetahui segala bil saya dibayar dengan perasaan gembira, kerana saya tahu bil-bil yang saya perlu bayar adalah pertukaran dan wang adalah benda yang digunakan bagi menjelaskan pertukaran itu.
Saya amat teruja memikirkan wang yang tetap sedang mengalir kepada saya dari sumber yang diketahui dan tak diketahui.
Saya suka mengetahui keadaan kewangan ideal saya memberi saya rasa selesa dan sedar yang saya dapat melancong atau pergi ke mana sahaja yang saya mahu, membeli-belah di mana sahaja yang saya mahu dan memiliki apa sahaja. Ia membuatkan saya rasa hebat.
Saya suka memikirkan bagi menyimpan wang yang banyak dalam pelabyran-pelaburan yang menguntungkan.
Hukum tarikan sedang bertindak membuka jalan dan menyusun segala yang perlu bagi menjadikan impian saya terlaksana.
-Law of Attraction(Michael J.Losier)

webcam gif maker