Isnin, 11 Ogos 2014

Impian Saya

Saya dalam proses menarik semua perkara yang saya perlu buat, ataupun perlu ada bagi mendapatkan kewangan ideal saya.
Saya suka mengetahui yang keadaan kewangan saya membenarkan saya memiliki dan menikmati semua perkara dan benda yang saya perlukan dan saya imlikan bagi memberi lebih rasa gembira dan bebas kepada hidup saya.
Makmur adalah perasaan dan saya suka makmur berada di sekeliling saya. Saya suka mengetahui segala bil saya dibayar dengan perasaan gembira, kerana saya tahu bil-bil yang saya perlu bayar adalah pertukaran dan wang adalah benda yang digunakan bagi menjelaskan pertukaran itu.
Saya amat teruja memikirkan wang yang tetap sedang mengalir kepada saya dari sumber yang diketahui dan tak diketahui.
Saya suka mengetahui keadaan kewangan ideal saya memberi saya rasa selesa dan sedar yang saya dapat melancong atau pergi ke mana sahaja yang saya mahu, membeli-belah di mana sahaja yang saya mahu dan memiliki apa sahaja. Ia membuatkan saya rasa hebat.
Saya suka memikirkan bagi menyimpan wang yang banyak dalam pelabyran-pelaburan yang menguntungkan.
Hukum tarikan sedang bertindak membuka jalan dan menyusun segala yang perlu bagi menjadikan impian saya terlaksana.
-Law of Attraction(Michael J.Losier)

Tiada ulasan:

webcam gif maker