Memaparkan catatan dengan label bamboo network. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bamboo network. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Ogos 2014

Pemilihan Lokasi Perniagaan

Indah perhiasan tidak bermakna apa-apa jika pelanggan dilayan dengan buruk dan kasar. Begitu juga lokasi perniagaan tidak terletak dalam kawasan yang strategik, ia tidak akan dapat menarik pelanggan biarpun premis dihias dengan begitu anggun sekali. Premis perlu mudah dikunjungi, dihubungi dan dicari.

Sebagai contoh dalam masyarakat cina, feng shui memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan ataupun kegagalan sesebuah perniagaan. Sebenarnya feng shui adalah satu bentuk ilmu sains dan geografi yang digunakan oleh prang cina bagi mencari tapak perniagaan yang sesuai.

Tempat yang baik akan menarik ramai orang berkunjung ke situ. Feng Shui yang baik memperlihatkan ada aliran air dan angin yang baik. Ini adalah bagi keseimbangan atau istilah yang digunakan yin dan yang. Unsur yang salimg bertentangan menjadi asas kepada keharmonian. Premis juga sebaiknya mempunya pemandangan yang lapang dan tidak terletak di tempat yang agak gelap dan sunyi. Elakkan mencari premis perniagaan di persimpangan jalan.

Lokasi perniagaan perlu menhadap jalan besar dan tidak dihalang pokok, bukit atau bangunan tinggi. Perlu ada aliran anhin masuk ke dalam premis. Cahaya dalam premis perlu mencukupi dan jangan biarkan ia dalam keadaan kelam dan suram (comtoh kedai mamak). Feng Shui yang sesuai menyebabkan mereka yang masuk ke dalam premis berasa riang dan bertenaga. Feng Shui yang buruk pula akan menyebabkan orang didalam premis tidak bermaya dan hilang tenaga. Pintu masuk perlu dia biarkan terbentang luas, jika pintu masuk sempit ia menhebabkan wang yang mengalir menjadi sempit.

Warna juga memainkan peranan penting dalam membantu memajukan perniagaan. Warna latar yang terang dan cerah akan mewujudkan suasana ceria dan selesa di dapam premis.

Lokasi perniagaan yang dianggap baik juga haruslah mempunyai kemudahan meletak kereta, pengangkutan awam dan tidak jauh dari pejabat kerajan.

Ahad, 17 Ogos 2014

Tip Bisnes Orang Cina

1. Peniaga perlu menunjukan kejujuran dan keikhlasan semasa melakukan urus niaga.
2. Peniaga perlu mewujudkan kemesraan dan kepercayaan pelanggan. Tidak kira pelanggan besar atau kecil, tetap atau baharu.
3. Perniaga perlu melayan setiap pelanggan dengan saksama kerana setiap pelanggan adalah penting.
4. Peniaga tidak boleh menurut perasaan atau kehendak sendiri.
5. Peniaga perlu akur dengan permintaan dan keperluan pelanggan.
6. Peniaga perlu sentiasa memaniskan muka dan kaya dengan senyuman.
7. Peniaga tidak boleh marah dan menengking pelanggan.
8. Peniaga bukan tauke kerana bos sebenar adalah pelanggan.
9. Peniaga tidak boleh sombong, angkuh dan bongkak.
10. Peniaga perlu ringan tulang dan mudah menghulurkan bantuan.
11. Perniaga perlu bersedia memberi perkhidmatan tambahan.
12. Peniaga tidak boleh ragu-ragu menjawab pertanyaan orang ramai.
13. Perniaga perlu menunjukkan yang dia serba tahu dalam bidang perniagaannya.
14. Peniaga perlu mengambil berat hal ehwal masyarakat dan isu semasa.
15. Peniaga perlu ada kepekaan yang tinggi dan dan rasa simpati terhadap pelanggannya.
16. Peniaga perlu menjadikan pelanggan sahabat, bukan pembeli yang datang dan pergi.
17. Peniaga tidak boleh kedekut memberi diskaun, pujian dan penghargaan pada pelanggan.
18. Peniaga tidak boleh mengambil cuti kecuali kecemasan atau perkara yang tak boleh dielakkan.
19. Peniaga perlu bangun awal, membuka perniagaannya secepat mungkin.
20. Peniaga perlu memberi perkhidmatan yang cepat dan pantas. Jangan biar pelanggan tertunggu-tunggu.
21. Peniaga perlu mudah dibawa bicara dan berunding.
22. Peniaga tidak boleh bersikap prejudis pada pelanggan dan orang ramai.
23. Peniaga perlu siantiasa berfikiran terbuka dan positif.
24. Peniaga tidak boleh cepat melatah dan terburu-buru.
25. Peniaga perlu menunjukkan kepada pelanggan yamg dia sentiasa sibuk.
26. Peniaga tidak boleh tidur ketika menjalankan urusniaga.
27. Peniaga perlu mencetuskan keceriaan bukan kebosanan.
28. Peniaga perlu memastikan premisnya penuh dengan barangan dan tidak membiar ruang kosong.
29. Peniaga perlu memberi kebebasan pada pelanggan untuk membuat pilihan.
30. Jangan sesekali campur tangan dan membuat keputusan bagi pihak pelanggan kecuali diminta.
31. Peniaga perlu membuat pelanggan merasa kehadiran mereka dialu-alukan.
32. Tidak boleh mengatakan 'tidak' pada pelanggan.
33. Jangan mewujudkan jurang dengan pelanggan.
34. Peniaga perlu berperanan sebagai peniaga. Bukanya kaki umpat, kaki judi atau kaki arak.
35. Peniaga perlu belajar menggunakan wang dan meningkatkan kemahiran menabung.
36. Sentiasa menyediakan duit kecil untuk ditukar dengan pelanggan.
37. Peniaga tidak boleh menunjuk-nunjuk kemewahan pada pelanggan kerana imej bukanya datang dari kemewahan sebaliknya perkhidmatan yang diberi.
38. Peniaga jangan sesekali makan dihadapan pelanggan. Ia dianggap tidak sopan dan pelanggan tidak suka.
39. Peniaga perlu menampal notis jika premisnya ditutup untuk sementara waktu.
40. Peniaga jangan mencari musuh kerana ia tidak baik untuk perniagaan.
41. Peniaga jangan terlalu suka bercakap tentang keuntungan.
42. Peniaga perlu tahu membeza keuntungan jangka pendek dan keuntungan jangka panjang.
43. Peniaga tidak boleh telalu yakin. Perlu berwaspada dan berjaga-jaga.
44. Peniaga sebaiknya tidak menjadikan premis sebagai tempat keluarga bertandang dan bersrmbang.
45. Peniaga perlu menyimpan lebihan dan stok jualan agar tidak berlaku kekurangan.
46. Peniaga perlu tepati janji dan melunaskan hutang.
47. Peniaga tidak akan rugi jika memberi insentif pada pelabggan dalam bentuk hadiah, potongan harga atau menambah berat barangan.
48. Peniaga tidak boleh menipu, kerana kepercayaan  asas utama perniagaan.
49. Peniaga tidak boleh menyalahkan orang lain apabila berlaku kecurian atau kerugian. Perlu diterima dengan cekal.
50. Perlu mewujudkan situasi menang-menang dengan pelanggan agar hubungan berkekalan dan perniagaan dapat pertahan.

webcam gif maker