Sedarlah,hanya kerana anda bernafas tidak bermakna anda hidup. kehidupan perlu dikecapi sepuas-puasnya. ini bererti anda mesti melakukan sesuatu, pergi ke tempat baru, temui pelbagai jenis manusia, lihat tempat -tempat baru, belajar dan menjadi lebih baik.Oleh itu, jangan sekadar bernafas sahaja, ambil bahagian. lakukan perkara baru. alami perkara baru. RASAI MAKANAN BARU. pergi ke tempat baru. lihat dunia dengan pandangan berbeza. terokai dunia baru. kenali kawan baru. pelajari kemahiran baru. lakukan sesuatu yang anda tidak pernah lakukan sebelum ini. Cuba lihat bagaimana sahabat-sahabat saya menjalani kehidupan mereka disini
Orang yang hidup selalunya menjadi bahan berita. mereka di temubual oleh akhbar, majalah, radio dan televisyen. merekalah yang menjadi bahan kita dengar dan baca. kehidupan mereka begitu menakjubkan, seolah-olah mereka hidup di dalam alam fantasi. secara tidak langsung juga, mereka ini tidak melakukan sesuatu dengan cara biasa sahaja. mereka melakukan sesuatu dengan gaya yang ekstrem. sebab itulah mereka menjadi bahan berita.adi, hiduplah. lakukan kesemua di atas dan banyak lagi. jika tidak, saya yakin anda akan menyesal kerana tidak melakukan kesemua perkara di atas. anda akan menyesal kerana tidak mengambil peluang apabila ada peluang tertentu.anda akan menyesal kerana tidak menyahut cabaran apabila ia datang. Anda akan menyesal kerana tidak menempuhi liku-liku yang jarang di lalui. tetapi apa lagi yang boleh anda buat apabila anda sudah berumur 65 tahun. anda pastinya tidak boleh memusingkan masa. dalam kehidupan ini, kita tidak boleh patah balik dari degi masa. Anda akan kesal sebagaimana saya kesal kerana tidak bergiat aktif di sekolah.sebelum ada orang menyatakan itu adalah pandangan peribadi saya, Izinkan saya berkongsi dengan anda apa yang di katakan oleh Nadine Star yang berusia 86 tahun mengenai bagaimana hendak mengecapi nikmat hidup ini.
'' Jika kehidupan saya berul...ang semula, saya ingin melakukan banyak lagi kesilapan. saya akan relaks, saya akan berlengah-lengah. saya akan membuat perkara bodoh dalam perantauan ini. saya tidak akan mengambil berat banyak perkara. saya akan mengambil lebih banyak kesempatan. saya akan mendaki lebih banyak gunung dan berenang di lebih banyak sungai. saya akan makan lebih banyak aiskrim dan kurang kekacang. saya mahu menghadapi lebih banyak masaalah betul dan kurang masaalah yang tidak nyata. ini adalah kerana saya adalah antara orang yang waras dan berakal, setiap jam, dan hari demi hari. Saya sudah menempuhi segala-galanya. jika saya berpeluang melakukannya, saya mahukan lebih. malahan saya akan cuba mengecapi saat demi saat, satu persatu, daripada hidup bertahun tahun ke hadapan setiap hari. Saya pernah menjadi antara orang yang tidak akan pergi mana mana tanpa jangka suhu, botol air panas, baju hujan dan payung terjun. jika saya boleh melakukannya lagi, saya akan membawa beg lebih rikgan apabila megunjungi tempat2 tertentu.
Jika saya boleh berpatah balik dalam kehidupan ini - saya akan berkaki ayam pada musim bunga dan kekal dengan cara itu sehingga musim gugur. saya akan meyertai lebih banyak pesta joget, saya akan naik lebih banyak kuda pusing, saya akan memetik lebih banyak bunga.''
Sebelum sesiapa cuba menyatakan bahawa perkara ini hanya impian oleh seseorang insan sahaja, benarkan saya berkongsi bahawa saya pernah menemui begitu ramai warga tua yang menyesal dalam banyak perkara. Namun, kekesalan mereka bukanlah di sebabkan apa yang mereka sudah buat, tetapi mengenai apa yang mereka tidak lakukan.
Oleh itu, wahai kawan-kawanku, dengan erti kata lain, jangan tunggu,cuba sesuatu yang baru setailah dunia Hiduplah dan terima segala cabaran, rebut peluang yang ada!
"Lakukan setiap perkara dengan bersungguh-sunguh. Makan dengan bersungguh-sungguh, bekerja dengan bersungguh-sungguh. Saya pasti anda akan menikmati setiap yang anda lakukan."
-Gan Ah Seng- Penceramah Tersohor Asia
"Untuk berjaya, anda perlu menjadi seorang yang ekstreem!"
-Azizi Ali- Penulis buku Jutawan Ekstreem
"Orang yang diberi peluang tetapi tidak mahu mengambilnya tetapi terus-terusan mungadu tentang nasibnya itu orang bodoh."
-Dato' Dr. Azman Ching- Jutawan MLM
"Untuk mencapai kejayaan dengan cepat, anda perlu lakukan sesuatu dengan pantas. Itulah yang dinamakan undang-undang “sebab dan kejadian”. Disebabkan sesuatu kerja itu dimulakan dengan cepat, maka, hasilnya juga akan terima dengan cepat."
- Irfan Khairi- Jutawan Internet
Tiada ulasan:
Catat Ulasan