Rabu, 18 Ogos 2010
Jumaat, 13 Ogos 2010
Selasa, 10 Ogos 2010
Tuhan No.1
Apabila kita lupa pada tuhan kita akan guna apa sahaja cara untuk mencapai matlamat, walaupun dengan cara yang salah seperti menipu. Apa yang penting kita jaga hubungan dengan Allah, pasti Allah akan permudahkan segala urusan kita.Cuba kita fikirkan, bagaimana kita ingin berjaya andai hubungan dengan pencipta kita tidak jaga? Kerjalah walau sampai langit bertukar jadi hijau pun, kalau tidak ingat pada tuhan pasti tidak akan senang.
Oleh itu ingatlah, Tuhan No.1 baru diikuti dengan hal-hal yang lain.Insyallah berkat usaha dan doa kepada Allah saya yakin kita akan sama-sama menuju ke puncak kejayaan!
Jumaat, 19 Mac 2010
ETR oh ETR...

Minggu ini ramai kawan saya yang pecah kepala kerana ujian ETR. Pada yang tidak tahu apa ETR, ia merupakan singkatan kepada "Entreperneurship". Merupakan sebuah subjek berkaitan perniagaan yang wajib diambil oleh semua palajar UiTM walaupun bukan dari fakulti perniagaan!(saya tak pasti dengan universiti lain) Maka ramailah yang merungut "susah", "bukan budang kita" dan berbagai lagilah!
Namun pernahkah kita terfikir, apa resionalnya subjek ini diwajibkan? Sebenarnya, kesedaran orang Melayu/Bumiputra terhadap bidang perniagaan begitu tipis. Seperti yang pernah saya sebutkan dalam artikel yang lepas, orang melayu telah "diprogramkan" otaknya supaya makan gaji! Sehinggakan kita merasakan perniagaan itu bukan "bidang" kita. Mungkin selalu kita dengar,"Belajar tinggi-tinggi nak, masuk U lepas tu cari la kerja baik-baik".Hakikatnya diluar sana tidak begitu, persaingan begitu sengit! Tambahan pula, bukan kita sahaja graduan universiti!
Maka itu, kita diwajibkan belajar ETR. Tujuannya untuk membentuk mimda anak bangsa agar lebih terdedah pada perniagaan. Dengan harapan agar kita tidak terlalu bergantung pada peluang pekerjaan yang makin terbatas dan sengit persaingannya.
Oleh itu, kita sebagai graduan kenalah berfikir diluar kotak! Jangan terlalu mengharapkan kekosongan jawatan, sebaliknya bertindak lebih berani. Mulakan perniagaan dan wujudkan peluang pekerjaan kepada orang lain!
Fikir-fikirkan...
Khamis, 18 Mac 2010
Semua Orang Adalah "Peniaga"!

Setiap kali saya mengajak kawan berniaga, ramai yang takut untuk menceburinya.Bermacam alasan yang diberikan. Contohnya, "tak pandai", "tak de modal", "tak de pengalaman", "tak minat" dan sebagainya akan diberikan. Mereka lebih gemar meneruskan pekerjaan mereka dan terus-terusan merungut tak cukup duit!
Sedar atau tidak, sebenarnya setiap dari kita adalah "peniaga" walaupun secara dasarnya kita bekerja dan mendapat gaji bulanan. Bagaimana yang dikatakan kita berniaga?
Contoh: Katakan anda bekerja dengan sebuah syarikat swasta, anda bekerja 8jam sehari dengan gaji RM1500. Anda fikir anda bekerja namun hakikatnya setiap hari anda berniaga! Anda telah MENJUAL masa dan kemahiran yang anda miliki dengan bayaran RM50 setiap hari! Upah perkhidmatan masa dan kemahiran anda tadi akan dibayar pada hujung bulan yang anda terima sebagai gaji.
Jika semua kita adalah "peniaga", mengapa masih beralasan untuk berniaga? Tunggu apa lagi, mulakan perniagaan sebenar kita hari ini!
Sabtu, 14 November 2009
NAK KAYA MESTI BERNIAGA!
Tahukah anda? 74% jutawan adalah hasil daripada perniagaan. Ini bemakna sesiapa yang berniaga mempunyai potensi untuk bergelar jutawan seandainya perniagaan itu dijalankan dengan bersungguh-sungguh dan mempunyai pelan perniagaan yang sistematik. Dalam erti kata lain sesiapa sahaja yang mempunyai keinginan untuk kaya, hidup selesa, atau bergelar jutawan mereka tidak lain perlulah menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Ramai orang yang berharap agar dilahirkan dalam keluarga kaya kerana beranggapan jika dilahirkan didalam keluaga yang kaya-raya maka mereka tidak perlu bersusah-payah bekerja dan sebagainya. Namun sebenarnya dalam satu kajian yang dijalankan oleh majalah Forbes, 380 orang daripada 400 orang billionair di Amareka membina kekayaan dengan tangan mereka sendiri dan hanya selebihnya yang mewarisinya daripada keluarga. Ini jelas menunjukkan yang kita tidak perlu lahir dalam keluarga kaya untuk bergelar jutawan.
Allah telah jelas menyatakan dalam firmannya yang berbunyi “aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak berusaha untuk mengubahnya”. Ini dengan jelas menunjukkan seandainya kita menginginkan suatu perubahan dalam kehidupan kita, kita hendaklah berusaha dengan sehabis baik untuk megubahnya.
Maknanya! nak kaya,nak berjaya dalam hidup, usaha sendiri! Jangan nak harap mak-bapak sahaja. Dan yang paling penting, jangan nak salahkan nasab bila menghadapi ujian. Ingat jika nak bijak ikut cara orang bijak, jika nak berjaya ikut cara orang berjaya, maka jika ingin kaya atau bergelar jutawan kita kena ikut cara mereka!
