Isnin, 13 Mei 2013

Kenapa saya perlu website?




Dengan website, atau blog atau apa-apa sahaja, menjadikan perniagaan anda seperti BUKA (BEROPERASI) (OPEN) 24 jam.. dan setiap hari. seperti tiada hari cuti, tetapi jika anda menggunakan tenaga kerja manusia, yg mana manusia perlukan waktu untuk rehat, tetapi website tidak perlukan rehat.

Tidak kira di mana anda berada atau apa yang anda lakukan – walaupun ketika anda sedang tidur atau pergi bercuti atau ke tandas laman web dalam talian anda atau storefront electronic boleh menerima tempahan dan membantu anda menjana pendapatan dan juga dapat menarik pelanggan! 24 jam, setiap hari, tanpa henti itu sebab pertama mengapa anda perlukan website.

seterusnya ialah,

untuk lebih faham, mengapa anda perlukan website?.. jom tngok masa zaman daluhu?.. xlama sangat sekitar tahun 1990 & lt; zaman yang mana penggunaaan internet yang amat kurang jelas, tiada, BROADBAND,WIRELESS and so on. pada masa itu anda masih lagi ingat bagaiman urusniaga dijalankan?.. bagaimana pelanggan anda membeli dan melihat produk anda?. atau mencari kedai anda?. mereka hanya boleh menggunakan Phone Book (yellowpages) cari no telefon, dan selepas itu mereka terpaksa untuk mengambil masa berjalan mencari kedai anda..mereka baru sahaja dapat no telefon kedai anda dan mungkin nama anda, tetapi mereka tidak lagi dapat melihat produk yang anda tawarkan.

Pada masa sekarang, ketika mana penggunaan internet yang menjadi semakin meluas, pengguna tidak lagi perlu bersusah payah look and search dalam yellowpages tetapi mereka sudah ada Google and Yahoo atau engine percarian yang lain. Search engine ini akan memberikan list seperti mana yang mereka inginkan. list yg ada akan di link kan ke website anda, yang mana website anda mengandungi maklumat lengkap yg pelanggan anda inginkan, bagaikan seperti mereka sendri berada di kedai anda. seprti, maklumat senarai harga,instruction, maps,phone number, atau dengan biZsolutioN anda boleh setup website store dengan mudah, para pelanggan mmbuat pilihan dan melihat harga dan click tempah/bayar dan mereka akan mengisi mklumat mereka dan dalam beberapa hari mereka akan mendapat produk/perkhidmatan anda
.
Today, the Internet is one of the first places a person who has access to a computer will go to get information. The Internet ‘IS’ information. Whether it’s information on weather, travel or a specific product or service, the Internet is THE place your customers look to for information.

sekarang anda sudah faham. dan anda inginkan website?.. dan anda perlukannya.!

*Sila layari http://bizsolution4u.com untuk maklumat lanjut.


Rabu, 9 Januari 2013

Jenis Perniagaan Internet



Jenis Perniagaan Internet, peluang peniagaan internet, panduan perniagaan internet atau onlline selalu di cari cari oleh ramai orang. Berikut ialah serba sedikit pengalaman saya dalam perniagaan internet,

Kalau nak mula perniagaan di internet, kena faham dulu apa fungsi dan peranan medium yang canggih ini. Internet ialah alat promosi maya. Cuma bezanya dengan bisnes offline ialah cara pendekatan sahaja yang berbeza. Niaga online dan niaga di internet tiada beza yang banyak. Kedai mini market misalnya perlu bangunan, lokasi dan keperluan pekerja untuk urusan perniagaan. Manakala kedai online di jalankan secara maya, dimana tiada perlu bangunan dan lokasi perniagaan.

Kita akan bincangkan jenis perniagaan internet dan keperluan yang perlu ada dalam perniagaan melalui internet.
Jenis Jenis Perniagaan Internet

1. Menjual produk fizikal di internet


Produk fizikal ialah produk yang di jual di kedai biasa atau di kilang tetapi di pasarkan secara online. Contoh bahan perubatan, vitamin, pakaian, alat telekomunikasi, makanan, barangan wanita, buku, majalah, VCD, DVD, dan sebagainya.

2. Menjual produk digital

Contoh produk ebook, program komputer, template web dan blog, dan lain-lain, produk ini hantar melalui email. Ini adalah antara bisnes online yang banyak di buat oleh usahawan internet. Buat ebook dan jual. Buat software dan jual. jual ebook PLR antara yang pernah saya buat

3. Produk Perkhidmatan
Pengiklanan
Rekabentuk web atau blog
Jual insuran
Perundingan akitek, senitaman, jurutera profesional, alam sekitar, EIA, peguam dan lain-lain

4. Bisnes online tanpa modal


Dalam perniagaan di internet anda boleh bermula walaupun anda tiada produk nak jual, tak ada modal atau tiada kepakaran nak buat servis. Saya mula niaga di internet hanya menjual produk orang lain. Ada 2 cara yang selalu orang buat apabila kita tiada modal besar atau kita bukan pakar.

1. Jual produk fizikal atau digital melalui program agen affiliate. Sistem affiliate ialah sistem yang di bina oleh pemilik webjualan untuk melantik agen secara automatik dan agen akan mendapat web sendiri sama seperti web pemilik asal dengan kod link agen yang daftar. Agen affiliate akan dapat komisen apabila pembeli membeli melalui link ref nya. Menarik tak. Tugas anda hanya promosi sahaja.

2. Agen Dropship : Maksudnya anda promosi produk pemiliik asal, anda urus promosi, anda terima bayaran atas harga pasaran, kemudian anda bayar kepada pembekal utama harga agen. Kemudian pembekal tersebut akan poskan barang kepada pelanggan anda tadi. Dengan kaedah dropship anda tak perlu simpan stok. Anda hanya perlu ada blog free atau web sendiri untuk tujuan promosi dan display barang yang nak jual.

Keperluan Asas Jika Ingin Niaga Melalui Internet
Laman web
Blog
Akaun bank yang boleh akses cara online. Misalnya Maybank, CIMB, Bank Islam. Buka akaun yang ada perbankan internet.
Email sendiri
Pengetahuan asas promosi
Akaun facebook untuk promosi
Komputer atau laptop sendiri di rumah atau pejabat.
Semanggat kena ada
Ilmu pemasaran dan strategi pemasaran online kena belajar

Keperluan Tambahan jika ingin maju dalam bisnes online
Pemasaran email kena tahu
Autoresponder free atau berbayar kena ada
Ilmu affiliate iatu bagaimana nak promosi produk affiliate
Tahu serba sedikit buat blog dan setting blog sebagai media pemasaran
Ilmu pengiklanan, kena tahu lubang promosi, dimana ?

Anda perlu Jujur ikhlas dan memberi servis yang baik kepada pelanggan anda. Ini adalah asas penting dalam perniagaan internet. Anda perlu bina reputasi yang baik bagi mengekal pelanggan anda.

Jumaat, 4 Januari 2013

7 Tips Memajukan Perniagaan



Setiap perniagaan yang diusahakan mempunyai harapan yang tinggi, agar perniagaan itu terus maju dan berjaya serta dapat mengubah masa depan agar tidak ditindas pihak lain. Tiada sesiapa yang mengharap perniagaan yang dijalankan musnah dengan wang ringgit yang dikeluarkan. Namun, tidak semua perniagaan yang diusahakan mampu menetapkan jumlah pelanggan di dalam atau di luar negara. Tidak kira sebarang jenis perniagaan yang dijalankan samada melibatkan penjualan produk, servis, nasihat dan sebagainya. Kecekalan dan semangat yang kental sangat diperlukan bagi memastikan cita-cita yang diimpikan tercapai. Perniagaan ini bukan sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah. Kerana ia mengambil masa dan memakan tempoh yang agak panjang. Sambutan pelanggan dalam perniagaan yang dijalankan mempunyai beberapa cara untuk dicapai.

Beberapa tips ini perlu diamalkan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan menjanjikan pulangan yang lumayan dan memberangsangkan. Perkara pertama yang perlu kita amalkan adalah tips untuk mempelajari tentang keadaan kawasan yang menjadi tempat untuk memulakan perniagaan. Jika kita memulakan perniagaan yang padat dengan penduduk dan menjadi pusat pentadbiran, hasilnya akan positif. Sebaliknya jika kita membuka perniagaan di kawasan kampung yang tiada kemudahan dan sambutan ramai maka, perniagaan kita tidak akan bertahan lama.

Mengkaji tentang suasana dan kedudukan

Kita perlu mengkaji tentang latar dan faktor kedudukan tempat baru itu. Jika ia merupakan kawasan yang didiami pelajar dan pekerja, membuka kedai dobi adalah cadangan yang baik. Kerana golongan seperti ini lebih cenderung untuk menghantar pakaian yang kotor kedai dobi dari dicuci sendiri. Jangan pula di kawasan seperti itu kita mulakan dengan perniagaan besi buruk dan barang kitar semula. Selain itu, kawasan seperti ini juga sesuai dibuka perniagaan makanan dan minuman. Kerana pelajar dan pekerja sentiasa memerlukan tenaga untuk pergi belajar dan pergi bekerja. Katakan juga keinginan untuk memulakan kedai alat tulis dan perkhidmatan potostet di kawasan yang sama. Pendek kata, sesuatu kawasan itu perlu dikaji terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan. Kerana perniagaan ini bukan untuk suka-suka dan main-main, sebaliknya sesuatu yang serius dan berat.

Mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai

Tips yang seterusnya adalah mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai. Bukan sekadar seorang yang mempunyai wang untuk dilaburkan sahaja. Setidak-tidaknya minat dan hobi pada benda yang sama akan menampakkan lagi usaha yang dijalankan. Kerana manusia tidak akan jemu dan bosan melakukan sesuatu yang menjadi kegemaran mereka. Katakan Yusri dan Lisa mempunyai minat yang sama dalam bidang penerbitan dan periklanan. Jadi, mereka telah bersetuju dan melaburkan sejumlah wang untuk memulakan perniagaan ini di sebuah kawasan yang menjadi tumpuan. Kerana minta dan pendapat dalam bidang yang sama sangat tinggi, perniagaan mereka semakin maju. Kerana masing-masing memberi komitmen yang baik dalam perniagaan ini. Bukan hanya seorang sahaja yang perlu bekerja, sebaliknya kedua-dua belah pihak rakan kongsi ini. Pendek kata, perniagaan mereka maju kerana minat dan hobi dalam bidang yang sama.

Bermula secara kecil-kecilan

Tidak semua perniagaan itu perlu diusahakan secara besar-besaran yang menelan belanja sehingga jutaan ringgit. Sekadar sebagai hobi dan minat untuk memenuhi masa dan boleh dijadikan sebagai pendatan sambilan sudah memadai. Contohnya Pak Abas yang menjalankan perniagaan menjual kerepek di kampungnya. Perniagaan ini adalah perniagaan warisan daripada ayahnya dahulu. Jadi, Pak Abas membantu ayahnya yang telah tua kerana sudah tidak mampu melakukan pekerjaan berat lagi. Semakin lama, minatnya telah mendalam dalam dunia perniagaan dan dia menguruskan sepenuhnya perniagaan ini selepas kematian ayahnya. Pada awal penglibatan dalam dunia penjualan kerepek, arwah ayah Pak Abas berniaga dengan menaiki motorsikal sahaja. Selepas Pak Abas mengambil alih, dia telah membuat pinjaman dengan bank untuk mendirikan sebuah kilang pembuatan kerepak yang terletak di belakang rumahnya. Pendapatanya semakin maju tambahan pula semasa musim perayaan dan juga musim perkahwinan. Kerana Pak Abas telah mendapat pengalaman yang banyak semasa membantu arwah ayahnya dahulu. Kini, Pak Abas telah mendirikan lima buah kilang di daerah dalam negerinya.

Mengupah pekerja yang boleh dipercayai

Setelah mempunyai kedudukan yang baik dalam perniagaan yang diceburi, pasti kita ingin meluaskan perniagaan itu. Katakan perniagaan kedai pakaian lelaki dan wanita. membuka cawangan baru memerlukan lebih ramai perkerja untuk menguruskannya. Maka, kita perlu mengupah orang yang boleh dipercayai untuk memastikan perniagaan yang diusahakan selama ini tidak dirosakkan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan kita. Mungkin kita boleh mengupah jiran yang telah lama kita kenali sebelum memulakan perniagaan itu atau juga mengupah kawan-kawan yang sudah kita maklum dengan hati budi mereka. Jika tidak, perniagaan kita akan musnah berikutan ada pihak yang iri hati dengan kesenangan dan kemewahan yang kita capai. Oleh sebab itu, kita perlu menjalin perhubungan yang baik dan tidak bermusuh dengan semua orang agar kita juga selamat dan perniagaan kita terus maju.

Mempunyai strategi yang berkesan

Selain itu, untuk memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya, kita juga perlu mempunyai strategi yang berkesan. Bukan sahaja perniagaan, setiap pekerjaan yang dilakukan juga memerlukan perancangan yang sempurna. Jika tidak impian itu akan musnah di pertengahan jalan. Contohnya memulakan perniagaan dalam bidang ubat-ubatan dan farmasi. Dalam dunia yang serba canggih dan maju ini, kita sering dihantui dan dibayangi dengan pelbagai wabak penyakit yang disebabkan penyalahgunaan bahan kimia industri, wabak penyakit yang disebabkan bahan kimi berlebihan dalam bekalan makanan seperti sayur dan wabak penyakit berjangkit yang mudah disebarkan melalui migrasi manusia atau haiwan. Wabak penyakit berbahaya memang sukar untuk diubati, tetapi kita masih mempunyai peluang untuk mencegahnya. Maka, perniagaan dalam bidang ubat-ubatan dan farmasi sentiasa mendapat sambutan yang baik kerana kita tidak mampu menjangka saat kita akan ditimpa penyakit. Perniagaan ini adalah perniagaan yang mampu memberi keuntungan kepada pengusaha. Masyarakat hari ini juga semakin bijak untuk menentukan ubat yang berkesan bagi penghalang penyakit merebak.

Mendengar dan mengikuti kemahuan pelanggan

Pihak yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah perniagaan itu adalah pelanggan dan orang ramai. Maka, hasrat dan kemahuan mereka perlu diambil kira dan tidak boleh dipandang ringan. Jika tidak, pelanggan akan lari dan kita yang akan mengalami kerugian kerana gagal memenuhi kehendak mereka. Sekurang-kurangnya kehendak pelanggan memberikan kita sesuatu yang baru untuk dicuba dalam dunia perniagaan itu. Contoh yang paling rapat dengan masyarakat adalah perniagaan francais iaitu McDonalds, yang berjaya meluaskan perniagaan ke serata dunia. McDonalds di India telah menyediakan menu khas bagi penduduk India dengan menyediakan burger ayam. Mereka telah tampil dengan Chicken Maharaja Mac, kerana meraka tidak boleh memakan daging. Selain itu, di Itali pula, mereka telah menyediakan burger yang disajikan dengan daging khinzir. Di Norway pula, burger telah disajikan dengan kepingan daging ikan salmon yang menjadi kegemaran penduduknya. Manakala di Thailand, ia juga disajikan dengan memasukkan perisa tomyam yang disesuaikan dengan selera pelanggan. Tidak kurang hebat juga dengan McDonalds di Malaysia.

Bersedia untuk memulakan perniagaan yang besar

Perniagaan yang semakin maju menjadi idaman semua usahawan. Tetapi adakah kita sudah bersedia untuk memulakan perniagaan ke peringkat yang seterusnya? Kejayaan kita mampu diukur setelah kita melihat dan merasakan sambutan yang diterima ramai orang. Katakan dulu Iqbal hanya menjual laksa dengan menaiki motorsikal sahaja. Selepas 5 tahun bersusah-payah, dia telah mengumpul wang yang banyak dan membuka sebuah kedai laksa bersama adik lelakinya. Memang cita-cita Iqbal untuk membuka sebuah kedai laksa daripada resipi arwah ibunya. Dia telah bersedia dengan sepenuhnya. Dengan pembukaan kedai baru itu, Iqbal menjadi semakin bersemangat untuk bekerja dan juga untuk merubah masa depannya. Semakin hari, perniagaannya semakin maju. Kerana Iqbal sudah mempunyai pelanggan tetap selama 5 tahun sepanjang dia berniaga menaiki motorsikal roda tiga.

Secara kesimpulannya, tips ini perlu diamalkan agar perniagaan yang kita ceburi itu menampakkan hasil dengan titik peluh yang dikorbankan. Kegagalan dan jatuh bangun dalam perniagaan adalah lumrah dan kita perlu bersedia dengan semua kemungkinan yang bakal tiba. Sekali jatuh bukan bermakna kita akan jatuh selamanya. Jadikan perkara ini sebagai pembakar semangat. Pokok pangkal untuk berjaya dalam bidang perniagaan adalah minat yang mendalam, kegigihan dan juga usaha yang tidak pernah kenal penat lelah. Dalam erti kata yang mudah, setiap usaha yang kita lakukan pasti akan membuahkan hasil apabila tiba masanya nanti. Berusaha dan terus berdoa agar urusan kita dipermudahkan-Nya.

Sumber & Rujukan:http://www.usahawan.com

Rabu, 2 Januari 2013

Strategi perniagaan Abdul Rahman B Auf

Sahabat Rasulullah, Abdul Rahman B Auf adalah seorang saudagar termasyur yang dijanjikan syurga.
Abdul Rahman B Auf pernah ditanya: Apakah strategi perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?
Jawabnya:
  1. Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit
  2. Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta
  3. Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran
layari http://super-lutien.com

Jumaat, 7 Disember 2012

Apakah Perbezaan Antara Seseorang Usahawan dan Orang Makan Gaji ?





Minggu lepas saya menulis sebuah artikel yang menimbulkan perdebatan dan kontroversi.


Artikelnya bertajuk Apakah Perbezaan Makan Gaji dan Menjadi Hamba ?


Walaupun fakta dalam artikel ini tidak disanggah oleh sesiapa namun ramai mereka yang makan gaji tidak dapat menerima apabila status mereka dibandingkan dengan hamba pada zaman dahulu.


Segala perdebatan ini mengingatkan saya kepada sebuah kisah mengenai sekumpulan kuda di sebuah ladang yang aman permai.




Tiba-tiba pada satu hari, ribut taufan melanda dan semua kuda ini bertempiaran lari dalam kumpulan yang ramai sehingga mereka tiba di sebuah kawasan padang pasir yang luas.


Setibanya di sana mereka mendapati kawasan itu kering kontang tidak mempunyai air untuk diminum dan tidak ada rumput juga untuk dimakan.


Maka kuda-kuda ini mula berbincang sesama sendiri.


Sekumpulan kecil dari kuda-kuda ini mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan di padang pasir yang luas itu walaupun mereka tidak tahu samada mereka akan mendapat air atau rumput di hadapan.


Kumpulan kedua pula adalah kuda-kuda yang ragu-ragu untuk bergerak kerana mereka merasa tidak pasti dengan masa depan yang menanti.


Mungkin ada binatang buas di hadapan, mungkin mereka tidak akan jumpa air atau mungkin mereka akan mati dalam perjalanan.


Walaubagaimanapun, kuda kumpulan kedua ini mula bergerak mengikuti kuda kumpulan yang pertama setelah mereka lihat kuda kumpulan pertama sudah jauh dari situ. Jadi mereka mengikuti mereka dengan rasa selamat dan tidak mahu mengambil sebarang risiko.


Kuda kumpulan ketiga pula adalah kuda-kuda yang bersuara dan menentang tindakan kuda kumpulan pertama dan kedua. Selain itu, mereka juga sangat risaukan masa depan mereka.


Mereka pula bergosip dan membuat cerita sesama sendiri tentang bertapa teruknya keadaan kuda yang sudah bergerak. Mungkin mereka itu sudah mati dibaham singa.. mereka mungkin tidak menjumpai air dan rumput dan mungkin juga mereka telah mati kebuluran.


Setelah sekian lama, mereka mula menyedari bahawa mereka akan mati kebuluran di sini dan mereka pun mula bergerak ke arah kuda kumpulan 1 dan 2 tadi.


Kuda kumpulan pertama yang bergerak itu akhirnya tiba di satu kawasan di tengah-tengah padang pasir yang mempunyai sedikit air dan rumput. Mereka pun mula makan dan minum air yang ada.


Kemudian tiba kuda kumpulan yang kedua dan kali ini mereka terpaksa makan sisa-sisa rumput yang ada. Air yang ada pun sudah sedikit dan keroh. Namun mereka terpaksa makan juga.


Akhirnya sebahagian dari kuda kumpulan ketiga tiba di situ tetapi tidak ada lagi apa-apa untuk dimakan. Mereka mula berebut sesama sendiri.


Selain itu ramai antara mereka sebenarnya telah mati dalam perjalanan ke situ. Ini adalah kerana mereka telah menghabiskan waktu menunggu dan hanya bergosip dan mengumpat dalam tempoh yang sangat lama di satu tempat.


Cuba renung-renungkan cerita ini dengan diri anda, di kumpulan kuda yang manakah anda berada ?


Sekian, terima kasih


Shahabudeen Jalil


sumber http://www.shahabudeenjalil.com

Apakah Perbezaan Bekerja Makan Gaji dan Menjadi Hamba ?









Ramai antara kita berfikir mereka kini hidup di zaman yang bebas tanpa perhambaan. Adakah ini benar ?


Dalam artikel ini saya akan membawa anda melihat 500-1000 tahun sebelum ini sewaktu perhambaan masih wujud. Apakah situasi pada waktu itu dan kita akan cuba membuat perbandingannya dengan keadaan kita pada hari ini.


1. Pada zaman perhambaan, biasanya terdapat 3 tahap hamba yang dibela oleh seseorang tuan. Tahap yang pertama ialah hamba abdi yang paling hina. Mereka ini akan bekerja sepanjang hari sambil dipantau oleh seorang hamba yang bertindak untuk memastikan semua hamba abdi ini bekerja. Selepas dari itu barulah terdapat hamba-hamba yang menjadi ketua mereka ini semua.


Jika dikaji, ini sama seperti struktur syarikat pada hari ini. Jika dilihat di sebuah syarikat, terdapat pekerja yang bekerja sepanjang masa dan dipantau oleh seorang supervisor dan supervisor ini akan melaporkan kepada boss mereka iaitu pengurus-pengurus dalam syarikat tersebut.


2. Pada zaman dulu, Tuan punya hamba ini akan menyediakan minuman, makanan, tempat tinggal, pakaian dan pelbagai kemudahan lain kepada seseorang hamba. Sebagai timbal balas, hamba ini akan bekerja untuk majikan itu.


Pada zaman kini, boss anda akan menyediakan anda dengan gaji dan segala kemudahan pejabat. Dengan gaji bulanan ini anda memilih makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan lain-lain untuk diri anda.


3. Tuan punya hamba akan memberikan cuti beberapa hari sebulan kepada hamba supaya hamba ini dapat rehat dan bekerja lebih kuat selepas itu. Sewaktu cuti ini, biasanya hamba ini akan menghabiskan masa berehat di rumah atau bersiar-siar. Dia perlu cukup rehat untuk sambung bekerja selepas itu.


Anda yang bekerja makan gaji, bekerja sepanjang hari minggu dan mendapat cuti sehari atau 2 hari di hujung minggu. Cuti ini biasanya digunakan untuk tidur sehingga tengahari atau meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak.


4. Pada zaman dahulu, seorang Tuan hamba akan menghukum hamba ini dengan memukul atau membuang hamba ini dari jagaannya. Ini akan mengakibatkan hamba ini terkapai-kapai tanpa tempat bergantung. Hamba ini juga akan berusaha pergi ke pasar hamba untuk mendapatkan tuan yang baru. Tuan yang baru akan melihat apa yang boleh dilakukan oleh hamba ini sebelum bersetuju untuk mengambilnya sebagai hamba. Hamba yang berkualiti tinggi akan dijual dengan harga yang tinggi.


Ini samalah seperti zaman sekarang. Pekerja yang tidak bekerja dengan baik akan dihukum samada dimarahi atau dipotong gaji. Paling teruk, pekerja ini akan dipecat. Jika dipecat, pekerja ini akan pergi ke ‘pasar hamba moden’ seperti JobStreet untuk mencari pekerjaan. Pekerjaan ini akan memberikan anda tuan baru.


5. Pada zaman dahulu, tuan punya hamba akan sentiasa memberi motivasi kepada seseorang hamba supaya hamba itu akan bekerja keras sepanjang hari. Motivasi ini boleh jadi dalam bentuk memberi kata-kata semangat, makanan lebih baik, pakaian lebih baik ataupun hamba itu akan diberi kebenaran untuk berkahwin.


Pada zaman sekarang pun begitu sebenarnya. Majikan anda memberi anda motivasi, cuti tahunan yang lebih panjang, gaji yang lebih tinggi atau kupon bercuti atau makan di tempat yang mahal. Untuk berkahwin pun, anda perlu ada gaji yang cukup.


Cuba anda renung-renungkan.. adakah anda sedang bekerja atau anda sebenarnya adalah seorang hamba ?


Sekian, terima kasih


Shahabudeen Jalil

sumber http://www.shahabudeenjalil.com

Jumaat, 9 November 2012

Motivasi Usahawan


KISAH 1


Ini bermula dengan kisah 'budak rempit' daripada kampung. Mukanya pon muka rempit. Datang dari Felda. Naik bas ke KL dan turun di Puduraya. Pertama kali datang seorang diri ke kota KL, terasa dirinya amat kerdil, terasa amat hina. SPM pon bukan lah cemerlang sangat. Nak kerja pon takda orang mahu ambil. Dia hanya gamble sahaja datang ke KL. Member2 kata di Shah Alam ada banyak kerja kat kilang. Walk in sahaja dan terus boleh start kerja. Oppss... lupa mahu bagitau nama budak ni Udin. Si Udin ni walau nampaknya cuma budak kampung, tapi otaknya bergeliga. Udin nampak KL ni ORANGNYA RAMAI. Tidak seperti di kampung dan di Felda di mana orang tak ramai. Kalau nak berniaga di kaki lima, berapa orang lah sangat yang nak beli. Di KL ni orang ramai dan sentiasa sibuk. Udin dahaga dan beliau mahu beli air minuman. Terperanjat beruk apabila dia mendapati harga satu tin Coke ialah RM1.80 !!!!! Mahalnya... kalau aku jual sendiri, RM1.40 pon dah cukup untuk untung. Nak pendek cerita, Udin pon ke Shah Alam, beliau kerja kilang selama 3 bulan. Dapat simpan duit gaji dalam RM1500. Sudah cukup untuk dijadikan modal berniaga. Udin kemudian berhenti kerja kilang dan mula berniaga menjual air di kaki 5. Jual secara haram sahaja. Air di KL ni jual cuma RM1.20 secawan. Pada hari yang panas, boleh dapat RM300 sehari !!!!!!
Pendek kata, RM5000 sebulan tu sudah tentu dapat. Kini Udin sudah mempunyai 7 gerai menjual air secara haram di sekitar KL. Pendapatan Udin? 5 angka.

KISAH 2


Namanya 'Abe Zek'. Orang Kelate

Dia ni kepala hotak tak boleh kerja dengan orang. Kerja sebulan, kemudian mesti berhenti. Macam biasa jugak lah duit takda. Nak niaga lesen pon takda. Pendek kata semua takda

Tapi orang Kelantan ni semangat asobiyah kuat. Abe Zek kita ni ada ramai member karja kerajaan. Abe Zek ni pon ada diploma daripada UITM. dari situlah dia ada ramai kawan yang akhirnya masuk kerja government.

Salah seorang kawan Abe Zek kita ni dah jadi engineer kat sebuah jabatan kerajaan. Dia yang uruskan perolehan dan keluarkan LO sampai RM50K.

" Zek, mung nok nego tok? Aku nok bui projek ko mung nih. Pree jah" - kata kawan si Zek
(Zek, kau nak niaga tak? Aku nak beri kat kau nih. Free aja"

"Aku mano ado lesen MOF, lagi pon barang yang kau minta nih aku tak biasa. Aku bukan budak engeneering masa kat UITM dulu" - jawab Zek

" Kau pinjam aja lah lesen kawan kau, bila dapat LO nanti kau pi gadai gelang atau tanah mak kau. Dapat duit, kau deliver barang nih. Jangan risau, aku beri kau contact mana nak dapatkan supply barang nih. Kerja kau ialah order sahaja dan make sure barang ni sampai ke stor kami. Aku tolong follow up payment biar cepat masuk" - cakap member si Zek.

Nak dipendekkan cerita, first delivery berjaya. Untung pon besar jugak. LO RM49K, untung bersih dalam RM12 ribu.

Maka Abe Zek pon guna duit untung pertama itu untuk daftar Enterprise sebanyak RM75 dan daftar kat MOF RM480.

Sales maintain. Dapat LO pon tak banyak cuma 3-4 sebulan, TAPI SETIAP LO TU RM45K-49K
Untung bersih? Selepas dah baik dengan manufacturer, Abe Zek dapat harga yang lebih murah. Satu LO yang RM49K dah boleh dapat untung sampai RM15K Kalau sebulan dapat 4 LO, bukan ker RM50 ribu?

Abe Zek ni tak bukak office. Buat kat rumah aja. Kerani pon takda. Dia bawak sebijik laptop dan buat kerja kat mamak aja

Dengar ceritanya Abe Zek kini dah masuk ke beberapa kementerian. Sales sebulan pon dah dekat RM300 ribu. Untung berapa? Kira sendiri lah. Tapi Abe Zek tetap takda office. Semua dia taip sendiri dan bawak sebijik beg galas simpan laptop dan dokumen. Kereta pon pakai Waja sahaja walaupon dia boleh beli BMW 5 Series.

Apa persamaan Cerita diatas?

- Dua-dua takde lesen..tapi dengan betabahan dan keazaman mereka berjaya..
webcam gif maker