Rabu, 25 September 2013

4 Platform memulakan perniagaan online

Terdapat barbagai cara untuk menjana pendapatan secara online. terpulang kepada kita untuk memilih, anda hanya perlu berfikir untuk memilih salah satu yang paling sesuai dengan kemampuan dan kebolehan anda.

Setiap orang boleh memulakan perniagaan online sendiri di rumah menggunakan salah satu daripada 4 cara berikut.

1. Program Affiliate – Ini adalah cara percuma dan mudah untuk memulakan perniagaan online di rumah. Ramai orang memilih untuk memulakan cara ini kerana anda akan diberikan hampir semua yang anda perlukan untuk memulakan. Satu yang menarik adalah ianya tidak memerlukan modal, hanya perlu belajar bagaimana untuk mengiklan perniagaan anda di internet.



2. Jual di eBay – Ramai orang yang telah berjaya melakukannya. Ianya adalah satu cara perniagaan online yang mudah untuk dimulakan.

Anda hanya perlu untuk mencari produk yang hendak dijual, kemudian buat lelongan diebay. Pelajari cara dan kaedah untuk membuat jualan di eBay kerana ianya memerlukan bebrapa teknik dan rahsia yang akan membolehkan anda menjana pendapatan secara online. Anda tidak akan mengetahuinya rahsia dan kaedah untuk menjual jika anda tidak meluangkan masa untuk belajar.

3. Pereka Website – Tahukah anda bagaimana membina website yang berkualiti? Jika jawapan anda ya, maka anda mempunyai potensi untuk memulakan perniagaan online anda sendiri.

Ramai orang yang memerlukan website mereka sendiri untuk memulakan perniagaan online tetapi tidak mempunyai masa atau tidak mahu belajar bagaimana untuk melakukannya sendiri. Jadi mereka bersedia untuk mencari orang yang mahir untuk membina website.

4. Freelance – Melakukan kerja untuk orang lain dengan kebolehan dan kemahiran yang dimiliki seperti menjadi penulis sambilan, menjadi perunding bebas untuk syarikat dan orang perseorangan yang memerlukan khidmat untuk rekacipta logo dan sebaginya.

Ianya hanya beberapa cara untuk menjana pendapatan secara online yang anda boleh lakukan untuk membantu anda memulakan perniagaan online dirumah yang boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa. Terpulang kepada anda kerana semua keperluan diatas telah sedia untuk dipilih. Apa yang diperlukan ialah sanggup untuk belajar dan memiliki komitmen dan kesungguhan untuk melakukannya mengikut kemampuan dan kebolehan diri sendiri.

Tips Perniagaan Online

Tips Domain

Ejaan tidak jelas

• Kek / Cake,
• Boutique / Butik
• to you / 2u
• Shoppe / Shop
• women / woman
Perlu dieja setiap kali beritahu secara lisan
____________________________________________
Tidak deskriptif

• malaysiabeststore
• myshop4u
• cheapcollections
• modamoda
Pelanggan tak tahu produk apa yang dijual.
____________________________________________

Gunakan domain yang unik dan mudah diingati

• KurmaAluna.com
Super-lutien.com
Dinardagang.my
Gemilangtravel.com.my
Dndaaviamarine.com
____________________________________________

Tips Design - Header kemas & menarik

• Maklumat ringkas
• Gambar menarik


Tips Produk – Info Lengkap
• Harga
• Jenama
• Warna
• Berat
• Saiz
• Tinggi, Panjang, Lebar
• Kuantiti
• Kelebihan / Kekurangan
• Isi Kandungan
• Khasiat
• Status Halal
• Negara Pengeluar
• Tarikh Luput
• Cara menggunakan
• Cara menyimpan
• Kesesuaian Produk
• Jaminan
___________________________________________________

Tips Gambar - Sudut

1. Ambil gambar berlainan dari sudut berbeza
2. Susunkan produk dengan cara susunan kreatif
3. Jika ada, ambil gambar barang-barang sampingan
4. Gunakan dinding, kertas mahjong, cadar putih.
___________________________________________________
Tips Bayaran – Cara Bayar
1. Bank Transfer - CIMB, Maybank2u, Public Bank
2. Cheque/Money order
3. Cash On Delivery
4. Online payment - PayPal, iPay88
___________________________________________________
Tips Bayaran – Sekuriti

• Pos barang hanya selepas wang diterima
• Pos barangan mahal, gunakan insurans
___________________________________________________

Tips Promosi – Percuma

• Iklan Percuma - forum, direktori, Facebook, dsb
• Promosi Percuma - email marketing
• Enjin Carian (Google, Yahoo) - kata kunci Melayu & Inggeris
_____________________________________________________

Cara Mulakan Bisnes Online?

• Mula dengan Katalog Online – pembayaran online ditambah kemudian
•Guna medium Percuma – blog, Facebook, Lot.my, eBay, dsb
•Dapatkan ilmu Pemasaran Online

webcam gif maker