Sabtu, 22 Jun 2013

Potensi Perniagaan Di Malaysia

Cuba anda lihat statistik-statistik menarik berkaitan Malaysia di bawah ini.

  • 28.3 Juta Penduduk 
  • Pertambahan Penduduk 650,000 setahun 
  • Pendapatan Per Kapita RM28,000 setahun 
  • 24.7 juta pelancong asing setahun pada 2012 
  • RM164 juta sehari di belanjakan oleh pelancong asing 
  • 2 juta pekerja asing 
  • pendatang tanpa izin ??? (anggaran 1 juta orang) 
TIDAK TERUJAKAH ANDA ??? Masih belum nampak apa perniagaan yang sesuai ? Belum nampak peluang perniagaan? Masih belum memulakan sesuatu perniagaan ??
Itu belum statistik luar negara.
Kalaulah dari pelancong asing saya boleh buat duit RM1 seorang, saya sudah jadi jutawan! Itu belum USD1


BANGUN!!!!!!!!


APA IDEA ATAU POTENSI PERNIAGAAN ANDA BOLEH LAKUKAN DENGAN STATISTIK DIATAS?

p/s: mulakan perniagaan anda secara kecil-kecilan di internet. Ketahuinya di http://bizsolution4u.com

Jumaat, 14 Jun 2013

Hutang BAIK vs Hutang BURUK

Hutang yang buruk dalam jangka waktu panjang akan menggerogoti kewangan kita dengan bunganya yang tinggi. Namun, ternyata tidak semua hutang itu bersifat buruk, ada juga hutang yang baik yang boleh membantu kehidupan kewangan kita. Nah, yang manakah hutang baik dan yang manakah hutang buruk?

Hutang yang baik adalah hutang digunakan untuk pelaburan jangka panjang. Kedepannya, hutang ini akan memberikan manfaat secara kewangan bagi kita.Ada tiga jenis hutang yang tergolong sebagai hutang baik:

Hutang KPR (Kredit Pemilikan Rumah)
Iaitu, hutang yang digunakan untuk membeli rumah. Hutang ini bersifat baik kerana nilai rumah cenderung meningkat dari tahun ke tahun.

Hutang Keperluan Pelajaran
Untuk mengambil S1 di universiti swasta ternama, wang kuliah secara keseluruhan sudah mencapai puluhan ribu. Oleh kerana itu, berhutang untuk pelajaran boleh menjadi salah satu pilihan. Setelah tamat kuliah, nilai pendapatan orang tersebut akan meningkat. Jadi, hutang untuk pelajaran dalam jangka waktu panjang akan memberikan kesan positif ke cashflow orang tersebut.

Hutang untuk Membuka Perniagaan
Hutang ini tergolong baik kerana usaha tersebut boleh memberikan pendapatan tambahan. Namun, perlu diperhatikan juga bahawa membuka perniagaan adalah tindakan yang berisiko. Cukup banyak perniagaan  yang kurang laku hingga akhirnya muflis.

Hutang yang buruk adalah hutang yang digunakan untuk barang yang nilainya semakin lama semakin kecil, atau yang lebih buruk lagi bila digunakan untuk barang konsumtif yang nilainya langsung habis. Contohnya adalah:

KKB (Kredit Kenderaan Bermotor)
Dianggap buruk kerana nilai kenderaan bermotor cenderung semakin kecil dari masa ke masa. Jumlah kenderaan bermotor tidak perlu banyak-banyak, terlebih lagi kerana sekarang kerajaan menyasarkan penurunan harga kenderaan secara berperingkat.

Berhutang untuk Membiayai Percutian
Dianggap buruk, sebab wang yang anda belanjakan akan lenyap seluruhnya begitu percutian anda selesai. Anda boleh bercuti sebanyak yang anda mahu, dengan syarat anda mampu membayar percutian tersebut.

Berhutang untuk Membeli Barang Keperluan Sehari-hari
Seperti makanan, pakaian dan lain-lain akan berbahaya bagi kewangan anda. Apabila anda tidak boleh membayar seluruh tagihannya pada bulan berikutnya.
webcam gif maker