Sabtu, 14 November 2009

NAK KAYA MESTI BERNIAGA!


Tahukah anda? 74% jutawan adalah hasil daripada perniagaan. Ini bemakna sesiapa yang berniaga mempunyai potensi untuk bergelar jutawan seandainya perniagaan itu dijalankan dengan bersungguh-sungguh dan mempunyai pelan perniagaan yang sistematik. Dalam erti kata lain sesiapa sahaja yang mempunyai keinginan untuk kaya, hidup selesa, atau bergelar jutawan mereka tidak lain perlulah menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Ramai orang yang berharap agar dilahirkan dalam keluarga kaya kerana beranggapan jika dilahirkan didalam keluaga yang kaya-raya maka mereka tidak perlu bersusah-payah bekerja dan sebagainya. Namun sebenarnya dalam satu kajian yang dijalankan oleh majalah Forbes, 380 orang daripada 400 orang billionair di Amareka membina kekayaan dengan tangan mereka sendiri dan hanya selebihnya yang mewarisinya daripada keluarga. Ini jelas menunjukkan yang kita tidak perlu lahir dalam keluarga kaya untuk bergelar jutawan.

Allah telah jelas menyatakan dalam firmannya yang berbunyi “aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak berusaha untuk mengubahnya”. Ini dengan jelas menunjukkan seandainya kita menginginkan suatu perubahan dalam kehidupan kita, kita hendaklah berusaha dengan sehabis baik untuk megubahnya.

Maknanya! nak kaya,nak berjaya dalam hidup, usaha sendiri! Jangan nak harap mak-bapak sahaja. Dan yang paling penting, jangan nak salahkan nasab bila menghadapi ujian. Ingat jika nak bijak ikut cara orang bijak, jika nak berjaya ikut cara orang berjaya, maka jika ingin kaya atau bergelar jutawan kita kena ikut cara mereka!

Ahad, 6 September 2009

CABARAN KEHIDUPAN

Dalam menempuhi kehidupan seharian, kita sering diuji dengan pelbagai permasalahan. Antara masalah yang biasanya dihadapi ialah:
  • Gaji bulanan yang tidak mencukupi
  • Beban hutang yang sentiasa bertambah
  • Harga barang yang meningkat menyebabkan perbelanjaan bulanan jadi tidak mencukupi
  • Tanggunggan dan komitmen yang semakin meningkat
  • Pekerjaan yang tidak tetap
  • Peluang pekerjaan yang terhad
  • Kurang mendapat peluang yang lebih baik
  • Pemalu dan pendiam/ tidak suka bergaul
  • Keegoan diri, tidak mahu melihat peluang yang lebih besar
  • Cepat berpuas hati
  • Pentingkan diri sendiri
  • Tidak mahu bersyukur
Purata masalah manusia adalah sama,tidak kira bagaimana latarbelakang seseorang itu. Samada berpendapatan kecil atau besar setiap dari kita pasti akan berasa pendapatan bulanan kita tidak mencukupi untuk perbelanjaan bulanan.
"besar periuk, besarlah keraknya". Begitulah bunyi peribahasa melayu,kerana itulah kita tidak pernah berasa cukup dengan apa yang kita miliki.
Sebenarnya itu adalah sifat semulajadi manusia yang tidak boleh dielak. Namun apa yang boleh kita lakukan ialah dengan menjana pendapatan yang
tidak terbatas melalui perniagaan bagi menampung keinginan nfsu manusia yang tidak terbatas itu.Oleh itu tidak syak lagi perniagaan merupakan satu wadah perjuangan untuk mengecapi kehidupan yang lebih baik.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Keusahawanan Sebagai Kerjaya

KWSP pernah mengeluarkan statistik, dimana 91% rakyat Malaysia mempunyai simpanan kurang daripada RM60 ribu pada waktu persaraan mereka dan 70% daripada pencarum akan mengghabiskan simpanan mereka dalam masa kurang daripada 3 tahun. Hal ini jelas menunjukkan kebanyakan rakyat Malaysia yang bekerja hari ini memperolah pendapatan yang rendah dan ini sungguh membimbangkan.Diburukkan lagi dengan kelemahan pengurusan kewangan,lebih membimbangkan kebanyakan yang termasuk dalam golongan ini ialah orang MELAYU. Mengapa kita tidak pernah terfikir untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya?

Kebanyakan daripada kita menghabiskan masa lebih daripada 30 tahun usia kita untuk bekerja (25-55tahun) namun apabila bersara kita tidak mendapat apa yang kita impikan,seperti pendapatan yang lumayan,rumah besar,pelancongan,haji,umrah dan sebagainya. Semua ini boleh dicapai dengan melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan (insyaallah).

Pada hemat saya orang melayu hari ini terlalu bergantung pada peluang pekerjaan yang ditawarkan sahaja,bermaksud jika peluang pekerjaan tiada atau penuh maka menganggurlah kita. Keusahawanan sering dijadikan pilihan terakhir (itu pun setakat jual burger). Kerana itu kita boleh lihat berbondong-bondong graduan tempatan yang mengangur apabila tamat pengajian. Namun hal inni berlaku bukan kerana salah mereka sahaja tetapi persekitaran yang menjadikan mereka begini,minda orang melayu yang memang dari dulu lagi telah di pasakkan bahawa untuk berjaya,untuk mengubah nasib keluarga,untuk segala-galanya yang lebih baik perlulah mendapat pekerjaan yang baik dan mempunyai pangkat yang tinggi-tinggi. Saya amat tidak bersetuju dengan pendapat yang "bertentangan" dengan agama itu!

Dalam islam, Nabi S.A.W telah bersabda : "...9/10 rezeki itu datangnya dari perniagaan". Bermaksud jika ada pendapat lain yang mengatakan pekerjaan yang baik dan pangkat yang besar itu menjanjikan rezeki yang lebih baik,maka itu telah bertentangan dengan sabda Nabi. Selain itu, dalam Al-Quran juga banyak menyentuh aspek mencari rezeki dan perniagaan(tiada pula pasal engineer,surveyor,ahli muzik dll). Sebagai contoh dalam surah Al-Baqarah(198), Allah menyatakan "tidaklah salah kamu mencari limpah kurnia dari Allah (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan haji)...". Dalam beribadat pun Allah masih menggalakkan hambanya berniaga, apatah lagi dalam kehidupan seharian kita dalam mencari rezeki.Selain itu, dalam Al-Quran juga ada lebih 69 rujukan yang bekaitan dengan rezeki.

Sebenarnya ada 1001 sebab mengapa keusahawanan dapat dijadikan sebagai kerjaya. Apa yang saya nyatakan hanya sebahagian kecil sahaja. Diharap,apa yang saya nyatakan diatas dapat membuka minda orang melayu agar lebih cenderung untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya.

10 SEBAB anda perlu berniaga

1. Sunnah Nabi S.A.W.

2. Peluang untuk bebas masalah kewangan.

3. Anda adalah "bos" kepada diri sendiri.

4. Kejayaan yang tersedia (9/10 rezeki dari perniagaan).

5."kemiskinan mendekatkan manusia kepada KEKUFURAN.."

6. Boleh diwarisi oleh anak2/keluarga.

7. 100 orang terkaya di dunia adalah USAHAWAN!

8. Perniagaan anda,membuka peluang pekerjaan kepada orang lain.

9. Merupakan 1 jihad.

10. Penguasaan ekonomi melayu lemah!

Ganjaran kehidupan ada di akhir setiap perjalanan,bukan di permulaan..
Rezeki kita telah ditentukan Allah namun kita tidak tahu berapa banyak,oleh itu berusahalah di atas muka bumi Allah mencari rezeki...

Mulakan langkah sekarang, bersama membina masa depan melalui perniagaan!
webcam gif maker